Tuesday, March 26, 2019

[3 Gambar] Niat nak lakukan hubungan 'threesome' tapi pisau pula menusuk kemaluan

SIBU – Seorang isteri yang juga pelayan kedai kopi naik minyak sehingga melepaskan geram dengan menikam bahagian alat sulit 'teman seks' suaminya menggunakan pisau sepanjang 22 sentimeter akibat tidak berpuas hati diajak melakukan hubungan seks 'tiga serangkai' (threesome) di Jalan Lajong di sini pada malam Ahad.

Sekkadar gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian pukul 9 malam itu berlaku dalam bilik tidur selepas suspek yang berusia 46 tahun itu berpura-pura setuju untuk melakukan hubungan seks bersama.

Katanya, insiden tersebut berlaku apabila suspek mendapati suaminya, 28, seorang kelindan lori mempunyai hubungan sulit dengan seorang mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci.

Menurut Stanley, sebelum kejadian itu suspek berpura-pura memberitahu suaminya bahawa dia boleh membawa perempuan simpanannya berusia 34 tahun ke rumah sewa mereka untuk berbincang mengenai hubungan mereka.

Lokasi kejadian

Katanya, perangkap si isteri menjadi apabila 'orang ketiga' yang dinantikan muncul di rumah.

"Selepas berbincang, mereka bertiga kemudian bersetuju untuk melakukan 'threesome' di dalam bilik yang hanya diterangi cahaya daripada televisyen sahaja," katanya.

Ketika itu, suspek kemudian telah keluar dan memberitahu suaminya bahawa dia mahu membuang air kecil.

Jelasnya lanjut, si suami kemudian melakukan seks dengan mangsa tetapi dia berhenti kerana tidak sedap hati dan berbaring di atas tilam di sebelah mangsa sambil muka menghadap ke arah dinding dan mahu tidur.

"Tiba-tiba, mangsa mengerang sakit dan memberitahu suami suspek dia telah ditikam. Dalam masa yang sama, suspek terus keluar dari bilik dan melarikan diri," katanya.

Tambah Stanley, sebelum kejadian juga, mereka bertiga sempat meminum minuman keras.

Mengulas lanjut, Stanley memberitahu, suaminya yang panik dengan kejadian itu segera keluar dan meminta bantuan abangnya yang berada di dapur untuk mengejar suspek.

"Si suami dan abangnya berjaya menangkap suspek tidak jauh dari rumah dan dibawa pulang sehingga pihak polis yang dihubungi tiba sekitar pukul 9.30 malam," ujarnya.

Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sentral bersama si suami untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Mangsa

Mangsa

Siasatan awal polis mendapati suspek dan suaminya hanya berkahwin secara adat Iban dan tiada dokumen sah.

"Mereka telah tinggal bersama selama tujuh tahun dan tidak mempunyai anak manakala mangsa mempunyai suami yang bekerja di kem pembalakan di Kepulauan Solomon dan mempunyai empat orang anak, kesemuanya ditinggal di kampung," jelasnya lanjut.

Difahamkan, mangsa kini sedang menerima rawatan dilaporkan stabil dan akan menjalani pembedahan.

Buat masa ini, motif kejadian adalah disebabkan dendam dan cemburu kerana suspek sudah lama mengetahui suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.

Kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Monday, March 25, 2019

Benarkah perempuan Melayu semakin sundal dan melucah dalam media sosial?

Beberapa hari lepas, wanita ini melonjak popular apabila memuat naik status pada akaun facebooknya berkaitan isu permainan PUBG dan gambar perempuan Melayu pancut air dari reptlika penis pada muka dan mulut wanita berhijab.

Adakah benar?

Semalam pemilik akaun facebook bernama Auni Ameera ini sekali lagi memuat naik status yang bakal mencetuskan perdebatan terbuka tentang isu anak-anak perempuan Melayu yang semakin menyundal dan melucah dalam media sosial. Auni mencadangkan Tiktok, Bigo dan seumpamanya disekat.

Status Auni Ameera

YB Amin Ahmad bila nak bawa issue ni pada parliment?

Anak² perempuan kita makin sundal dah ni, Mohon sekat Tiktok, Bigo dan seumpamanya, Sekarang budak sekolah pun boleh melacur dalam talian (online), Dulu kena buat sexual intercourse tapi sekarang cuma gelek dan tunjuk body parts dah dapat duit. Makin lama makin ramai yang terjebak dengan benda² macam ni.

Anak² perempuan kita tak perlu cari pelangan sekarang YB, Cuma bogel dalam talian dan mereka dapat duit. Ini keruntuhan moral beramai-ramai tapi seems like tak ada pun orang nak bendung. Yang terjebak ni budak² remaja dan ramai juga yang budak sekolah ketagih aksi lucah untuk dipamerkan dalam social apps.

Maybe Anda tak tau tapi sekarang ada apps untuk couple tunjuk aksi sexual masing² dalam apps untuk dapat duit.

Kedundalan yang dimaksudkan

Status tersebut mendapat pelbagai reaksi dari warganet.

Reaksi warganet

Komen warganet

Komen warganet

Apa pendapat anda?

Kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

SKMM nasihatkan pengguna tukar kata laluan Facebook dan Instagram

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan pengguna Facebook dan Instagram supaya menukar kata laluan masing-masing jika menerima makluman yang kata laluan mereka terdapat dalam format yang boleh dibaca oleh kakitangan dalaman Facebook.



Suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini berkata pemeriksaan keselamatan rutin yang dijalankan Facebook pada Januari lepas mendapati wujudnya permasalahan itu.

"Menurut Facebook, bagaimanapun, kata laluan itu tidak boleh diakses oleh mana-mana pihak luar dan sehingga kini tidak ada bukti yang menunjukkan kata laluan itu telah disalahgunakan oleh kakitangan Facebook.

"Dalam hal ini, Facebook turut memaklumkan bahawa permasalahan ini telah diperbetulkan dan para pengguna yang terbabit akan dimaklumkan dengan sewajarnya berhubung perkara ini," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sebarang proses penukaran kata laluan perlu dibuat secara terus di aplikasi atau laman rasmi Facebook dan Instagram untuk mengelakkan pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu itu dengan memperdaya orang ramai melalui kaedah penipuan, penyamaran dan "Phishing”.

SKMM yang turut memantau perkembangan lanjut berhubung isu itu akan berhubung rapat dengan pihak FB untuk sebarang isu yang berbangkit. -Bernama

Kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Friday, March 22, 2019

Bebas dari tahanan, Jufazli 'Checkmate' minta sumbangan untuk lawan Mahathir

Selepas bebas daripada tahanan reman, Jufazli atau lebih dikenali sebagai Juju Checkmate tidak mengambil masa lama untuk terus "membelasah" perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Juju lawan Tun M

Berikut adalah kenyataan rasmi Jufazli melalui akaun facbooknya Jufazli Shi Ahmad.

KENYATAAN RASMI: SAYA BEBAS & SAYA MENANG MELAWAN MAHATHIR MOHAMAD

Bismillah....

Atas Nama Allah Yang Berkuasa,
Saya Jufazli Shi Ahmad secara rasmi telah bebas atas bantuan 3 Peguam Utama Saya iaitu Tuan Syed Amirul Syed Idrus, Tuan M Visvanathan dan Tuan Rajsurian Pilai di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini yang berjaya menolak permohonan tambahan reman politik 4 hari oleh Polis-Polis Mahathir Mohamad.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya tetap menganggap tangkapan PDRM adalah atas arahan politik kerajaan Mahathir Mohamad yang cuba mendiamkan suara lantang saya mengkritik skandal korupsi mega dan salah guna kuasa beliau sebagai Perdana Menteri dalam negara Malaysia.
Saya juga menganggap tangkapan oleh Mahathir Mohamad ke atas saya bermula jam 3.00 Pagi (16 March 2019-Sabtu) adalah satu "Penculikan Politik" yang wajar saya kecam kerana sejak 16 March 2019 (10 Pagi) sehingga 20 March 2019 (12 Tengah Hari), Polis-Polis Mahathir tidak membenarkan saya berjumpa dengan keluarga saya dan peguam-peguam yang saya lantik dalam kes ini.

Barisan peguam Jufazli

Oleh hal demikian,
Saya dan Peguam-Peguam saya merancang untuk mengeluarkan saman sivil sebanyak RM 2 Juta kepada pihak kerajaan Mahathir Mohamad, Polis-Polis Mahathir, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri kerana menafikan hak asasi saya melantik Peguam dalam tangkapan politik ini.
Rakyat Malaysia boleh memberi sumbangan bagi menampung kos guaman saya sebanyak RM 50 Ribu ke akaun peribadi saya bagi menjayakan saman sivil RM 2 Juta kepada kerajaan Mahathir Mohamad:-

Akaun: Maybank
Nombor Akaun: 160027329567
Nama: Jufazli Shi Ahmad
No. WhatsApp: 011-60602676

Kepada Peguam-Peguam saya, rakyat Malaysia, peminat dan penyokong saya seluruh Malaysia, Parti Sosialis Malaysia (PSM), para aktivis, para Menteri dan pemimpin, wartawan media arus perdana dan wartawan media alternatif,
Jutaan terima kasih di atas solidariti, sokongan, doa dan laporan berita benar tentang kes tangkapan politik ini.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mahathir Mohamad kerana menangkap saya secara politik sehingga saya semakin popular dan dikenali di seluruh negara.
Jutaan terima kasih juga Mahathir Mohamad bebaskan saya hari ini setelah akur dengan desakan orang awam dan Peguam-Peguam saya.
Keberanian mengkritik mana-mana Perdana Menteri adalah bukan jenayah dan bukan penghinaan.
Keberanian membongkarkan skandal rasuah besar Perdana Menteri bukan jenayah dan bukan penghinaan.
Sebaliknya semua ini adalah kebenaran yang dijunjung di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Kesimpulannya,
Sebagai rakyat dan sebagai Penganalisis Politik Bebas,
Saya ingin menzahirkan rasa bangga kerana ditangkap oleh Mahathir Mohamad.
Ia membuktikan suara rakyat kekal berbisa dan boleh menggulingkan kuasa mana-mana pemimpin diktator di dunia ini.

Akhir sekali,
Saya menang melawan Mahathir Mohamad dan saya bebas sebagai rakyat.

TATAP TERUS HIDUP SUARA RAKYAT WALAUPUN KITA DIPENJARA & DIBUNUH.

CHECKMATE HABIS!

Yang Benar & Yang Paling Berani,

JUFAZLI SHI AHMAD
HERO BARU MALAYSIA BARU,
PENYELIDIK & PENGANALISIS POLITIK BEBAS,
KELULUSAN MASTER SAINS POLITIK (UKM-2015)
KELULUSAN SARJANA MUDA SEJARAH (UMS-2012)

Walau bagaimanapun........

Kenyataan rasmi Jufazli itu diserang dan dikecam teruk oleh warganet dalam ruang komen.

Komen warganet

Komen warganet

Komen warganet

Komen warganet

Selain itu, Jufazli juga ditahan semula polis beberapa minit selepas dibebaskan pada hari yang sama di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Anak guam saya akhirnya dibebaskan selepas direman 5 hari. Tetapi, 10 minit kemudian, beliau ditahan semula bagi kes berbeza,” kata peguamnya, Syed Amirul Syed Idrus.

Ketika dibebaskan 10 minit

Beliau berkata, pegawai penyiasat dari Bukit Aman memberitahu penahanan kali ke-2 itu ada kaitan dengan video 58 minit yang dirakamkan Jufazli sebelum beliau ditahan pada 16 Mac lalu.

Jufazli ditahan pada 16 Mac lalu, selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya kerana beliau mendakwa Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad melakukan pelbagai jenayah, termasuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan membuat pakatan sulit dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang serta bekas ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Jufazli ditahan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja mengaibkan dengan niat menggugat keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Thursday, March 21, 2019

Guru rajin alami tekanan dan ada yang diberikan kad psikiatri - NUTP

SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mendedahkan guru rajin di sekolah merupakan antara mereka yang berdepan dengan tekanan kerja yang tinggi.

Presidennya, Kamarozaman Abd Razak berkata, ini kerana berlaku pengagihan tugas berdasarkan kepada usaha yang ditampilkan antara guru.

Guru rajin terbeban

"Biasanya di sekolah akan ada guru yang rajin dan disebabkan itu banyak tugas-tugas dibebankan kepada mereka. Sebenarnya mereka ini antara mereka yang berdepan masalah tekanan.

"Sekarang ini, apa yang penting di sekolah adalah kebijaksanaan pengetua dan guru besar dalam mengagihkan tugas. Dengan kata lain, menjadi tugas pengetua dan guru besar untuk menapis arahan yang diterima dan mengurangkan beban guru," katanya seperti yang dilaporkan oleh portal berita Sinar Harian.

Kelmarin, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendedahkan lebih 400,000 penjawat awam tertekan dengan kerja sehingga mengalami tekanan jiwa bahkan ada yang diberikan kad psikiatri.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, 25 hingga 30 peratus daripada 1.67 juta penjawat awam mengalami tekanan dan trend tersebut tidak menunjukkan sebarang pengurangan sejak beberapa tahun lepas.

Menurutnya, isu kos sara hidup dan tekanan semasa bekerja dilihat antara faktor utama menyebabkan penjawat awam terus dibelenggu tekanan.

Mengulas lanjut, Kamarozaman mendesak, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pengetua dan guru besar mengurangkan tekanan kerja guru-guru di sekolah.

Jelasnya, walaupun pelbagai usaha daripada Kementerian Pendidikan dilaksanakan termasuk sembilan inisiaf yang diperkenalkan oleh menterinya, Dr Maszlee Malik, namun ia seolah-olah tidak sampai ke peringkat bawah.

"Inisiaf yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan sebenarnya telah mengurangkan tugas guru tetapi pengetua dan guru besar seperti tidak percaya kepada punca kuasa yang diberikan selain berfikir cara lama.

"Jika diikutkan, kita telah selesaikan masalah tekanan kerja guru seperti tugas sampingan seperti fail buku teks yang tidak perlu terlalu terperinci seperti sebelum ini.

Jika dahulu ada sembilan, sekarang cuma dua sahaja. Begitu juga dengan fail panitia yang digabungkan daripada enam menjadi satu," katanya.

Sekadar gambar hiasan

Beliau berharap pengetua dan guru besar tidak mengganggu tugas pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan tugas-tugas sampingan.

"Kita perlu fokus kepada tugas mendidik pelajar di sekolah dan ini perkara yang ditekankan oleh Maszlee.

"Kerja-kerja dokumentasi dan rekod berkaitan murid tidak lagi seperti dahulu.

"Jika dahulu tekanan lebih tinggi tetapi banyak yang telah diselesaikan.

"Sekarang ini pun memang ada beban kerja yang belum dapat diselesaikan seperti murid ramai dalam satu kelas kerana melibatkan kewangan.

"Semua ini tugas kementerian untuk mengubah nisbah murid kepada guru," katanya. -Sumber: Sinar Harian

Kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Kiriman WhatsApp menyebabkan seorang pekerja cuci kereta maut

Hanya kerana kiriman mesej WhatsApp, seorang lelaki berusia 38 tahun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada jam 11 pagi semalam selepas dipukul tiga lelaki dalam pergaduhan di kedai cuci kereta di Taman Chai Leng, Perai, Bukit Mertajam pada jam 1.30 tengah hari sehari sebelumnya.

Polis mengambil bahan bukti

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner, Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid yang mengesahkan kejadian tersebut berkata mangsa, S. Gehanathan, 38, dibawa ke HSJ oleh ambulans pada jam 4.30 petang kelmarin selepas majikannya memaklumkan bahawa pekerjanya terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran kedai mencuci kenderaan miliknya.

"Bagaimanapun, pemeriksaan awal ke atas mayat mangsa mendapati kecederaan dialaminya bukannya disebabkan kemalangan jalan raya," katanya.

Menurutnya lagi, mangsa mengalami kecederaan luka di kepala, muka dan lengan dipercayai dipukul dan siasatan di lokasi yang didakwa berlaku kemalangan itu tidak menunjukkan sebarang kesan atau bukti berlaku kemalangan.

Curiga dengan kesan kecederaan tersebut, pihak polis telah ke lokasi kedai mencuci kenderaan itu dan siasatan ke atas tujuh pekerja termasuk tiga pekerja warga Myanmar mengesahkan mangsa dipukul tiga lelaki termasuk majikannya kerana terdapat perselisihan faham antara mereka.

"Mangsa dikatakan telah mengirim mesej menerusi aplikasi WhatsAap yang mahu menganggu isteri dan keluarga majikannya dan berikutan itu suspek bersama dua lagi rakannya telah menarik mangsa masuk ke pejabat kedai tersebut lalu memukulnya hingga pengsan,” katanya.

Susulan itu polis menahan dua suspek manakala seorang lagi masih dikesan kerana melarikan diri.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Wednesday, March 20, 2019

[AMARAN!] Jangan biarkan tukang gunting urut tengkuk anda!

Seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemarannya.

Sekadar gambar hiasan

Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan urutan kepala dan tengkuk.

Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanipulasikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi “ meletup” atau “crakk”.

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa di kejarkan ke hospital dengan ambulan.

Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.

Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.

Perkara ini bukan main main, urutan tengkuk yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain.

Tulang tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang.

Selain itu, urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dam strok.

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk.

Walaupun urutan tengkuk seperti ini mungkin mendatangkan kelegaan untuk sesetengah individu, untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang, ianya adalah amat TIDAK DIGALAKKAN.

Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal. -Sumber: Public Health Malaysia

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dengan gaya moden diluluskan Putrajaya

Putrajaya meluluskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (LTAK) yang bernilai RM1.6 bilion.

LTAK. Gambar Facebook

Kelulusan itu termasuk beberapa projek lain diumumkan Azmin selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan pegawai kanan kerajaan negeri mengenai agenda utama dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, semalam.

Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan negeri mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa bagi wilayah utara.

Lapangan terbang itu akan dibina di Kuala Muda, Kedah.

Kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Neelofa nafi jadi punca kepada masalah rumah tangga kakaknya

"Saya sayangkan kakak dan anak saudara saya. Tuduhan itu tidak masuk akal langsung. Daripada membuat spekulasi yang tidak betul, saya harap semua pihak boleh mendoakan yang terbaik buat mereka."

Neelofa

Itulah jawapan Noor Neelofa Mohd Noor yang terkenal sebagai seorang pelakon dan pengacara berusia 30 tahun ketika menjawab dakwaan warganet yang kononnya dia menjadi antara punca masalah rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dan abang iparnya, Sharnaaz Ahmad.

Masalah rumah tangga membabitkan Sharnaaz dan Nabila mula menjadi perhatian warganet selepas aktor yang popular dengan drama Jebat itu dilihat berkongsi beberapa luahan hatinya di Instagram.

Sharnaaz & Nabila

Desas-desus itu dikuatkan lagi apabila kedua-duanya tidak lagi mengikuti Instagram masing-masing dan memuat naik gambar bersama.

Neelofa-Nabila-Sharnaaz

Nama Neelofa mula disebut-sebut sebagai punca masalah selepas dia dilihat meninggalkan komen di Instagram kakaknya yang seolah-olah menyindir Sharnaaz.

Sebelum ini, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Jebat Jayden Ahmad, yang kini berusia lapan bulan.

Sharnaaz & Jebat

Kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Tuesday, March 19, 2019

Adun BN minta kerajaan PAS Kelantan buka pawagam berkonsepkan patuh syariah

Seorang ADUN Kelantan, Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) meminta kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS membenarkan panggung wayang (pawagam) dibuka dan beroperasi semula di negeri tersebut setelah diarah tutup hampir 30 tahun oleh kerajaan negeri.

Adakah mungkin?

Syahbuddin berkata, kerajaan negeri boleh membuka pawagam berkonsepkan patuh syariah yang dikawal sepenuhnya.

"Ketika ini rakyat Kelantan yang mahu menonton filem perlu ke Terengganu, negeri paling dekat yang mempunyai panggung wayang.

"Kalau Terengganu membenarkan perkara itu (membuka panggung wayang) saya ingin mencadangkan agar panggung wayang di negeri ini dibuka semula," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Sebagai rekod, kali terakhir pawagam beroperasi di Kelantan ialah sebelum PAS mengambil alih negeri tersebut daripada BN pada tahun 1990 iaitu Panggung Lido yang terletak di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu.

Apa pandangan anda?

Kongsi artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring