Sunday, July 9, 2017

10 Petua Hilangkan Batuk Dengan Cepat Tanpa Ubat

Tags

Walaupun batuk boleh sembuh dengan sendirinya, anda boleh mempercepatkan
proses pemulihan dengan sepuluh petua hilangkan batuk.

Batuk merupakan respon tubuh untuk mengeluarkan lendir, debu atau jerebu melalui saluran pernafasan. Setiap orang pasti pernah mengalami batuk. Batuk biasanya akan hilang dalam waktu tiga minggu tanpa memerlukan pengubatan khusus. Pengambilan ubat batuk sehingga kini belum terbukti sepenuhnya. Justru orang lebih suka mengamalkan petua tradisional untuk meredakan batuk dengan lebih cepat.

Batuk biasanya disebabkan oleh virus yang menyebabkan saluran pernafasan mengalami infeksi. Selain disebabkan virus penyebab infeksi, terdapat beberapa punca yang menyebabkan batuk iaitu:
  • Penyakit keturunan atau jangka panjang seperti; asma, atau bronkitis kronis, sinusitis, pneunomia, dan tuberculosis.
  • Alergik kepada jerebu dan debu, atau kemungkinan juga alergik terhadap serbuk sari (hay fever).
  • Penyakit refluks gastroesofagus.
  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selsema dan influenza.
  • Tabiat buruk merokok.
  • Asid lambung naik sehingga mengalami gastroesophageal reflux disease (GERD).
Terdapat bermacam batuk meliputi batuk kering dan batuk berkahak, baik pada bayi, kanak-kanak, maupun orang dewasa. Tanda awal batuk kering biasanya berupa rasa gatal pada tekak yang menyebabkan batuk. Batuk kering atau tanpa kahak biasa terjadi ketika tekak dan saluran pernafasan bahagian atas sedang mengalami peradangan. Batuk berkahak, keberadaan lendir di dalam saluran paru-paru boleh dikeluarkan dengan cara batuk.

Petua Hilangkan Batuk Dengan Cepat

1. Limau Nipis dan Kicap
Siapa yang tahu rahsia ini? Adunan limau nipis dan kicap sangat efektif sebagai penawar batuk. Kaedah tradisional ini telah dipraktikan sejak dahulu lagi. Bagaimana melakukannya?

Ambil satu limau nipis, kicap dan satu sudu makan. Peras limau nipis ke atas sudu, buang bijinya. Tuang sedikit kicap, lalu adunkan dan minum ubat batuk ini. Selepas itu, minum air suam. Amalkan dua kali sehari.

2. Madu
Kicap berasa manis, madu juga manis. Anda sukar menentukan pilihan? Rileks, keduanya sama bagus kesannya. Madu secara praktikal telah terbukti efektif dalam mengubati batuk dan tekak gatal. Tidak percaya? Cuba campurkan sesenduk madu dengan satu gelas lemon tea.

3. Lada Hitam dan Madu
Pernah dengar jenis perubatan atasi batuk menggunakan lada hitam? Mungkin di Malaysia masih sedikit yang mengetahui petua hilangkan batuk menggunakan petua ini. Lada hitam yang dicampur dengan madu ternyata mampu menyembuhkan batuk dengan cara mengeluarkan lendir dari dalam. Bagaimana caranya?

Ambil satu senduk serbuk lada hitam, lalu campurkan dengan dua sudu madu ke dalam gelas.
Masukkan air suam, lalu tutup gelasnya selama 10 minit. Seterusnya, minum ramuan ini.

4. Buah Anggur
Anggur menampung sifat ekspektoran yang dapat membantu mengeluarkan lendir pada saluran paru-paru. Buatlah jus anggur dan minum sehari dua kali, jangan terlalu banyak kerana rasa manis pada anggur juga boleh menyebabkan batuk.

5. Halia
Halia termasuk penawar batuk semualajadi yang dapat anda perolehi di dapur rumah. Seorang pengamal perubatan menggunakan halia untuk meredakan demam dan selsema sebab tahu di dalam halia terdapat kandungan antihistamin dan kemampuan decongestant.

Petuanya: Ambil halia secukupnya, lalu dihiris halus. Didihkan halia yang telah dihiris dalam 3 gelas air selama 15 minit, lalu saring airnya. Berikan perasan lemon atau limau nipis dan satu sudu madu, minum sebelum sejuk agar terasa nikmat.

6. Kunyit
Buatlah masakan dengan bumbu yang berasakan kunyit apabila menghadapi batuk kering. Atau anda boleh membuat campuran kunyit dan lada hitam. Berikut panduannya.

Ambil setengah gelas air, lalu rebus. Tambahkan satu sudu teh kunyit, bubuk kayu manis, dan lada hitam. Minum airnya ketika dingin sehari tiga kali hingga batuk hilang.

7. Sup Ayam
Makanan berkuah berupaya merawat batuk secara berkesan. Siapa kira? Tapi ini sudah dikaji oleh Universiti Nebraska di Amerika Syarikat perihal sup ayam yang memiliki sifat anti-radang seperti yang terkandung dalam kebanyakan ubat batuk. Selain itu, sup ayam berkesan membuang kotoran menggumpal pada kerongkong.

8. Mandi Air Panas
Boleh dilakukan ketika mandi di kamar mandi. Rendam badan anda dalam air panas yang sesuai, pastikan ruang tertutup rapat. Wap panas bertindak melawan dan menghilangkan batuk. Wap bertugas menenangkan rongga udara dan melonggarkan sinus serta kahak pada kerongkong dan paru-paru.

9. Perbanyak Minum Air
Sama seperti pesakit denggi, air mineral diperlukan lebih banyak oleh orang yang mengalami batuk. Cairan diperlukan untuk mngurangkan lendir pada bagian postnasal dan untuk menjaga kelembapan membran yang boleh mengurangi dan elak batuk.

10. Gunakan Bantal Tinggi Ketika Tidur
Posisi kepala yang lebih tinggi dari badan akan menyebabkan lendir atau hingus di tekak dan hidung berpindah dari saluran pernafasan. Anda hanya perlu menambah bilangan bantal di kepala ketika tidur di malam atau siang hari.

Semoga 10 petua hilangkan batuk secara semulajadi dengan cepat tanpa ubat ini memberikan manfaat untuk anda yang bermasalah dengan batuk.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon