Saturday, July 29, 2017

14 Anggota Polis Terperangkap Dalam Lif


SHAH ALAM: Empat belas anggota polis yang ditugaskan mengawal keadaan keselamatan ketika sebutan kes pembunuhan abang sebapa pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam di Kompleks Mahkamah Shah Alam terperangkap 20 minit di dalam lif mahkamah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Supt Nek Zaidi Zakaria berkata, semua anggota yang terperangkap adalah mereka yang terlibat dalam Ops Prank dan bersiap siaga dari awal pagi.

Katanya, akibat kejadian itu seorang anggota polis yang mengalami masalah jantung dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapat rawatan.

“Mangsa yang lain selamat dan menyambung tugas seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Nek Zaidi berkata semua anggota berkenaan mula bertugas sejak pukul 6 pagi tadi bagi memastikan kelancaran sebutan kes.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, bomba menggunakan kaedah power unit bagi membuka pintu lif.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 8.08 minit pagi dan 8 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke lokasi.

“Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi membantu mengeluarkan semua mangsa,” katanya. -Bernama

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon