Thursday, July 27, 2017

6 Lelaki 1 Wanita Ditahan Kes Rogol 2 Pembantu Taska


Kajang – Polis menahan enam lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes rogol dua pembantu sebuah taska di Pandan Indah, pada 14 Julai lalu.

Mereka berusia antara 27 hingga 45 tahun ditahan dalam serbuan bermula jam 5 petang semalam sehingga 5 pagi tadi, di sekitar daerah Ampang Jaya, hasil siasatan dan maklumat yang dijalankan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata dalam kejadian berkenaan kedua-dua mangsa dirogol sebelum disimbah cecair peluntur di seluruh tubuh badan mereka.

“Dua lelaki dilaporkan memecah masuk taska itu pada 4 pagi sebelum bertindak merogol mangsa yang dilaporkan tinggal di premis berkenaan.

“Mangsa dirogol dan disimbah cecair peluntur kononnya untuk menghilangkan bukti sebelum melarikan diri bersama televisyen dan telefon bimbit mangsa, ” katanya selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kajang, di sini, pagi tadi.

Katanya, semua suspek dibawa ke Mahkamah Ampang, hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kajang, daripada Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan kepada Asisten Komisioner Ahmad Dzahffir Mohd Yussof. – BH Online

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon