Sunday, July 23, 2017

70 Penduduk Diculik Taliban

Tags


KANDAHAR: Tujuh puluh penduduk Afghanistan diculik kelmarin dari kampung mereka di sepanjang lebuh raya utama di selatan negara itu, dan sekurang-kurangnya tujuh terbunuh.

Polis menuduh Taliban mendalangi penculikan itu.

Kira-kira 30 penduduk kampung dibebaskan tetapi sekurang-kurangnya 30 lagi masih hilang, kata ketua polis Kandahar, Abdul Raziq.

"Taliban menculik 70 penduduk dari rumah mereka di kampung sepanjang lebuh raya Kandahar-Tarinkot, kelmarin.

"Tujuh daripada mereka terbunuh hari ini. Mayat mereka ditemui penduduk kampung pagi ini, " katanya.

Raziq berkata, mereka membebaskan 30 penduduk dan masih menahan 30 lagi, menambah mereka ialah 'penduduk awam Pashtun'.

Tidak dapat dipastikan mengapa penduduk kampung diculik. Pegawai kerajaan dan pasukan keselamatan selalunya menjadi sasaran kejadian seumpama itu.

Jarang sekali bagi Taliban untuk menyerbu kampung menjadikan penduduk awam sebagai tebusan.

Secara umum, mereka memintas kenderaan di atas jalan, memeriksa untuk melihat sama ada penumpang mempunyai kaitan dengan kerajaan. -AFP

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon