Thursday, July 27, 2017

Ancam Siti Kasim, Lelaki Ditahan


Kuala Lumpur – Seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana dipercayai membuat ancaman terhadap aktivis dan peguam Siti Zabedah Kasim, yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim, melalui media sosial baru-baru ini.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi.

“Saya mengesahkan bahawa suspek telah ditahan berhubung kes berkenaan semalam,”katanya ringkas kepada Bernama.

Beliau berkata suspek juga direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. -Bernama

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon