Thursday, July 20, 2017

Artis Ditangkap Berpesta Dadah

Tags


Jakarta: Lapan artis termasuk penghibur popular Indonesia, Pretty Asmara ditahan polis ketika sedang berpesta dadah di sebuah bilik Karaoke di sebuah hotel di sini kelmarin.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Argo Yuwono berkata, semua artis ditahan kerana menyertai pesta dadah anjuran mereka.

Katanya, polis menyerbu bilik dan karaoke di hotel itu pada tengah malam kelmarin ketika kesemua artis berkenaan sedang berkumpul.

Dalam serbuan itu, polis menemui 0.9 gram dadah jenis syabu dan alat menghisapnya di dalam sebuah bilik hotel.

Polis kemudian menyerbu bilik karaoke tempat semua artis itu berkumpul dan merampas 1.12 gram syabu, 23 pil ekstasi dan 25 pil dadah jenis H5.

Kata Argo, mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan polis juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai menjadi pengedar dadah kepada artis itu.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai berjumlah Rp25 juta (RM7,500), dipercayai hasil kutipan pesta dadah berkenaan. - Bernama

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon