Wednesday, July 26, 2017

Bos Laman Sesawang Pasaran Gelap Terbesar Di Dunia 'AlphaBay' Bunuh Diri

Tags


Bangkok – Polis Thailand merampas aset bernilai AS$21 juta (RM90 juta) milik pengasas laman sesawang pasaran gelap, AlphaBay yang ditemui mati dalam penjara baru-baru ini, kata polis semalam.

Alexandre Cazes, warga Kanada berusia 25 tahun ditangkap di Thailand pada 5 Julai lalu atas permintaan Amerika Syarikat (AS).

Polis Thailand semalam mengesahkan Cazes adalah pentadbir AlphaBay, kedai dalam talian yang menjual barangan haram seperti peralatan penggodam komputer, dadah dan senjata api.

AlphaBay dianggap sebagai pasaran gelap dalam talian terbesar di dunia untuk dadah dengan jualan dianggarkan mencecah ratusan ribu dolar setiap hari.

Timbalan Ketua Polis Thailand, Chalermkiat Sriworakan berkata, Cazes dipercayai membunuh diri di penjara di Biro Pencegahan Dadah di Bangkok pada 12 Julai lalu.

“Kami merampas lebih 700 juta baht (RM89.6 juta) aset milik Cazes terdiri daripada kereta mewah dan mata wang digital,” katanya.

Cazes berdepan tuduhan mengedar dadah, mencuri identiti, pengubahan wang haram dan jenayah lain.

Isterinya, Sunisa Cazes yang kini ditahan turut berdepan tuduhan pengubahan wang haram.

Cazes yang dikenali sebagai ‘DeSnake’ oleh komuniti Internet beroperasi secara rahsia di Thailand dan media melaporkan lelaki itu memiliki beberapa hartanah serta mempunyai hubungan di beberapa negara.

Dia ditangkap dalam operasi dikenali sebagai Bayonet yang disertai pihak berkuasa dari enam negara termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan polis Belanda.

Peguam Negara AS, Jeff Sessions minggu lalu memberitahu, AlphaBay adalah pasaran gelap dalam talian terbesar dalam sejarah. – Harian Metro

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon