Sunday, July 9, 2017

Isteri Anggota IS Letupkan Diri Sambil Gendong Bayinya

Tags

Wanita iraq ledakkan bom bunuh diri sambil gendong bayinya. ©Al Arabiya 

Sebuah gambar tular menunjukkan seorang ibu menggendong bayinya semasa melarikan diri dari wilayah Negara Islam Iraq dan Syria (IS) di Mosul, Iraq. Setelah berjaya keluar dari iraq, wanita tersebut meledakkan diri dengan menekan pemicu di tangannya. Akibatnya, dia dan bayinya serta dua tentera Iraq terbunuh.

Menurut laman Telegraph, Ahad (9/7), stesen TV Iraq menangkap rakaman sebelum suspek pengebom bunu diri wanita IS meledakkan diri dan bayinya berhampiran pasukan keselamatan Iraq. Dipercayai sasarannya ialah anggota tentera yang sedang berkawal.

Wanita iraq ini ledakkan bom bunuh diri sambil gendong bayinya ©Daily Mail

Kelihatan dalam gambar, wanita tersebut dilihat sedang menggendong bayinya di sebelah kiri dan menggalas beg yang merupakan pemicu di tangan kanan. Wanita tersebut berpakaian labuh serba hitam.

Wanita tersebut dipercayai cuba meledakkan peranti yang tersembunyi di sebalik hijabnya ketika dia berjalan melalui kawasan yang ramai tentara. Walau bagaimanapun, bom hanya meledak setelah dia berjalan agak jauh dan mengorbankan dua anggota tentera, bayinya, dirinya sendiri dan mencederakan beberapa orang awam.

Sementara itu, IS semakin tersepit dalam kawasan kecil kota tua bersejarah di Mosul. Pasukan tentera kerajaan mengatakan bahawa pertempuran dengan kelompok radikal itu di Mosul akan berakhir dalam masa terdekat.

"Pasukan tentera (Iraq) ketika ini menghadapi pertempuran hanya dengan 200 anggota militan IS dan isteri mereka yang dipilih sebagai pengebom bunuh diri," kata pejabat keselamatan Iraq.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon