Monday, July 10, 2017

Janda 25 Tahun Tertikam Diri Sendiri Akibat Bergaduh Dengan Kekasih Berumur 16 Tahun


ALOR SETAR – Seorang janda berusia 25 tahun cedera di rusuk akibat tertikam diri sendiri ketika bergelut dengan kekasihnya seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Taman Desa, Kubang Rotan di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 3 pagi itu berlaku ketika mangsa, Nor Shazuani Zainol dan kekasihnya sedang bergaduh kerana sikap cemburu remaja lelaki itu.

Menurut Nor Shazuani, pergaduhan itu tercetus selepas kekasihnya ternampak telefon bimbit miliknya mempunyai panggilan keluar kepada seorang lelaki lain.

"Kekasih saya terus naik angin lalu memarahi dan memukul saya. Saya yang tidak tahan dipukul di seluruh badan termasuk disepak berlari ke dapur dan mengambil sebilah pisau bagi menakut-nakutkan remaja itu selain cuba mengelakkan diri daripada terus dibelasah," katanya ketika ditemui di lobi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Bagaimanapun, kata Nor Shazuani, kejadian menjadi lebih buruk apabila berlaku pergelutan antara mereka selepas kekasihnya itu mahu merampas pisau di tangannya sebelum dia tertikam diri sendiri.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon