Monday, July 24, 2017

Janna Nick Kena 'Belasah' Netizen

Tags

KUALA LUMPUR: Gara-gara memberi ulasan tanpa menonton sampai habis filem Dunkirk arahan Christopher Nolan, pelakon Janna Nick dibidas netizen terutama peminat tegar sutradara tersohor itu.

Dalam ulasan itu, Janna mendakwa buntu menonton filem Dunkirk malah menyifatkan ia suatu 'kebodohan teruk' hingga netizen bengang dan melayangkan komen menghentam bintang Tangisan Izara itu.


Kenyataan Janna yang mendakwa dia memutuskan untuk tidur dan enggan memberi klasifikasi 'bintang' menambahkan lagi kecaman netizen.

Namun, status berkenaan sudah dipadam Janna.

Menyedari reaksi netizen, Jumaat lalu, Janna melayangkan Twitter berbunyi:

"Orang tunggu saja saya buat salah sikit. Tak apa, takkanlah tak ada salah langsung... Saya minta maaf ya semua.

"Nanti saya tengok cerita itu (filem Dunkirk) sampai habis," katanya.

Nolan dianggap antara pengarah berkaliber di Hollywood yang pernah menghasilkan filem hebat seperti Inception, Interstellar dan The Dark Knight.

Antara kritikan yang dilayang termasuk Janna disaran menonton drama Melayu yang dikatakan lebih sesuai dengan tahap pemikirannya. -BH Online

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon