Thursday, July 20, 2017

'Kecam... Kecamlah, Janji Tengok Filem Ini'

Tags


KUALA LUMPUR: Melakonkan watak penggoda bernama Isabella menerusi filem adaptasi novel karya Nia Azalea berjudul Kau Yang Satu, Soo Wincci mengaku sedia dikecam netizen dengan aksi daringnya.

Filem arahan Osman Ali terbitan Astro Shaw, Global Station dan Nuansa itu menyaksikan pelakon jelita tinggi lampai itu melakonkan beberapa adegan intim termasuk dengan hero filem berkenaan, Aaron Aziz.

"Watak ini berkemungkinan besar akan buat orang benci dengan saya yang selama ini dikenali dengan imej bersih dan comel.

"Saya juga sudah mempersiapkan diri untuk dikecam. Tak kisahlah kena kecam sekalipun. Janji tak lupa datang pawagam bermula 27 Julai ini. Kecam... kecamlah, janji tengok filem ini.

"Sokonglah filem ini tanpa mengira kaum dan bangsa," katanya kepada BH Online.

Menurut Wincci, watak Isabella menyerlahkan sisi berbeza termasuk aksi daring yang dilakonkannya.

"Saya boleh cakap ini watak antagonis pertama membabitkan karektor paling jahat saya lakonkan.

"Masa pegang watak itu, saya takut imej saya terjejas. Syarikat pengurusanpun menyatakan kebimbangan itu. Tambahan pula ketika itu, saya sudah melebarkan sayap ke Taiwan.

"Tapi akhirnya saya cabar diri. Malah, saya juga meminta keizinan isteri Aaron, Diyana Halik untuk babak intim yang saya lakonkan bersama suaminya," katanya.

Selain Wincci, filem ini turut membariskan pelakon seperti Aaron Aziz, Hisyam Hamid, Izara Aishah, Ahya Rosli, Rosnah Johari, Amyra Rosli, Zaidi Omar, Wan Hanafi Su dan Kodi Rasheed. -bharian

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon