Wednesday, July 12, 2017

Kecekapan Pasukan Bomba Selamatkan Lelaki Indonesia Cuba Bunuh Diri


MELAKA - Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga Indonesia daripada cubaan membunuh diri di perairan Selat Melaka di Taman Kota Laksamana di sini tadi.

Komender Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Penguasa Bomba Kanan II Razali Che Are berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kira-kira pukul 11.11 pagi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut.

"Sebaik tiba didapati benar terdapat seorang lelaki warga Indonesia berusia 30-an cuba membunuh diri pada jarak dua kilometer dari pesisir perairan selat Melaka berdekatan Taman Kota Laksamana.

"Dia ditemui dalam keadaan terapung dan sedang dipujuk oleh seorang nelayan yang mengekorinya sebelum berjaya dibawa ke darat oleh pasukan bomba," katanya.

Razali berkata, motif kejadian masih belum dapat dipastikan namun lelaki itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Warga asing itu kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan kesihatan. - K! ONLINE

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon