Tuesday, July 11, 2017

Kematian Thaqif Rupanya Disebabkan Oleh Penyakit Kencing Tikus Bukannya Trauma Atau Kecederaan


PUTRAJAYA 10 Julai - Hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap murid madrasah tahfiz Al-Jauhar, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, yang meninggal dunia pada 26 April lalu di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru didapati berpunca daripada penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penyebab kematian kanak-kanak itu adalah berpunca daripada kencing tikus (Leptospirosis).

"Keadaan ini dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis (purpura fulminans) dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya melibatkan kegagalan organ untuk berfungsi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Thaqif meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital pada 19 April untuk dirawat selepas kakinya cedera setelah dipercayai dipukul oleh pembantu warden di sekolah tahfiz di mana Allahyarham belajar.

Selepas kedua-dua belah kakinya dipotong, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadualkan dipotong dari jari hingga bawah siku pada hari sama dia meninggal dunia, namun pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilapor tidak stabil.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata, proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian Allahyarham telah dilakukan pada pukul 6 petang hari yang sama. -UTUSAN ONLINE.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon