Sunday, July 30, 2017

Kes Pukul Orang Kurang Siuman, Polis Arah Pengurus KK Plaza Buat Laporan Polis

Tags


KOTA KINABALU: Polis bandar raya ini mengarahkan pihak keselamatan KK Plaza membuat laporan berhubung kes pukul terhadap seorang lelaki dipercayai kurang siuman di luar kompleks beli-belah itu.

Ia bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut selepas video mangsa yang dipercayai warga Filipina dipukul beberapa lelaki di tempat letak teksi di KK Plaza menjadi viral di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata berdasarkan maklumat lelaki itu dipukul pada jam 3 petang kelmarin.

Katanya, sebelum kejadian lelaki berusia 40-an itu masuk ke dalam kawasan KK Plaza tetapi dihalau oleh pihak keselamatan kerana dikatakan selalu membuat kacau.

"Mangsa kemudian pergi ke Pasar Besar Kota Kinabalu dan dikatakan cuba mengambil sebuah telefon milik pekerja di situ menyebabkan dia dikejar oleh pekerja berkenaan sebelum didakwa cuba melawan serta mengacukan gunting.

"Dia dapat ditahan di tempat letak teksi KK Plaza dan ketika dipukul, beberapa saksi tidak nampak sebarang senjata dibawanya, hanya pekerja pasar sahaja memberitahu dia membawa gunting.

"Mangsa juga dikatakan dipukul dengan kayu serta batang besi dan dilihat mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelum dia beredar sendiri dari lokasi kejadian, " katanya menerusi kenyataan di sini.

Chandra berkata, mangsa cuba dikesan di sekitar KK plaza dan kawasan berhampiran namun tidak ditemui, selain tiada laporan polis dibuat berkaitan kejadian terbabit. -BHarian

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon