Monday, July 24, 2017

Mayat Bayi Dalam Perigi, 6 Sekeluarga Ditahan


JASIN - Enam sekeluarga direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki berusia enam hari di dalam sebuah perigi di Batang Melaka di sini semalam.

Majistret Suzanna Mokhtar mengeluarkan perintah tersebut bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, seramai tiga lelaki dan tiga wanita masing-masing berpakaian lokap tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Jasin di sini pada pukul 9 pagi dengan diiringi pegawai dan anggota polis.

Kosmo! hari ini melaporkan seramai enam individu termasuk sepasang suami isteri berusia 20 hingga 30 tahun ditahan berhubung kes kematian seorang bayi lelaki yang dilaporkan hilang pada pukul 7.45 malam Sabtu lalu.

Mangsa yang berusia enam hari dijumpai semalam oleh orang ramai di dalam perigi sedalam enam meter dengan keadaan dibalut bersama kain lampin sebelum dimaklumkan kepada pihak polis. - K! ONLINE

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon