Tuesday, July 11, 2017

Mayat Bayi Perempuan Tanpa Kepala Dan Tangan Dipercayai Dimakan Anjing Liar


ALOR SETAR - Mayat bayi perempuan tanpa kepala dan kedua-dua belah tangan dipercayai dimakan anjing liar ditemukan di hadapan kilang Hoe Hup, Jalan Bakar Arang, Sungai Petani semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, mayat bayi dipercayai berusia 35 minggu itu dijumpai orang ramai kira-kira pukul 4.30 pagi.

"Kita menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan bayi tanpa kepala di hadapan kilang tersebut.

"Hasil siasatan mendapati mayat yang merupakan bayi perempuan tanpa kepala dan kedua-dua belah tangan dipercayai dimakan anjing liar.

"Laporan bedah siasat menyatakan punca kematian adalah 'unascertained' dan dijangka bayi itu mati lebih kurang sehari atau dua hari lepas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Selsyen 318 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon