Sunday, July 23, 2017

Mayat Wanita Ditemui Dalam Keadaan Bogel DI Ladang Sawit

Tags


WANITA Indonesia ditemui mati dalam keadaan bogel di Ladang Pakut Sungai Kelat, Bekenu, Miri, petang semalam.

Mangsa berusia 43 tahun ditemui suaminya pada 3.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Menurutnya, setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada mangsa dirogol ataupun tidak.

"Sebelum kejadian, mangsa bersama suaminya bekerja di ladang sawit berkenaan pada 7.30 pagi hari sama.

"Bagaimanapun, mangsa dilaporkan hilang pada 10.30 pagi sebelum suaminya cuba mencari di kawasan sekitar," katanya.

Katanya, mangsa ditemui terbaring dalam keadaan bogel di tepi jalan berhampiran pokok kelapa sawit.

"Setakat ini, motif kejadian masih di dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon