Thursday, July 20, 2017

Pelajar Wanita PhD Didakwa Mencuri


PETALING JAYA – Seorang pelajar wanita Iran peringkat ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Kreatif Limkokwing, Cyberjaya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mencuri 31 barangan termasuk baju dan kasut yang bernilai RM2,300 di pusat beli-belah Sunway Pyramid minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Ne­da Karim Zadeh, 36, pelajar dalam bidang pengurusan me­ngaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Neda didakwa mencuri 29 helai baju pelbagai jenama, sebuah beg tangan dan sepasang kasut berjenama Ruby yang kesemuanya bernilai RM2,300 di butik Cotton On di pusat beli-belah Sunway Pyramid di sini pada pukul 6.45 petang, 12 Julai lalu.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan juga boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. -Kosmo

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon