Sunday, July 23, 2017

Pemain Digantung Kerana Pulas Puting Dada

Tags


LOS ANGELES: Pemain El Salvador, Henry Romero digantung enam perlawanan manakala Darwin Ceren berdepan tiga penggantungan atas kesalahan 'tidak mengamalkan semangat kesukanan' pada aksi Piala EMAS CONCACAF kerana menggigit pemain Amerika Syarikat (AS).

Romero yang juga pemain pertahanan Los Cuscatlecos didapati menggigit belakang Jozy Altidore pada aksi suku akhir yang menyaksikan mereka tumbang 0-2 di tangan AS, selain mencubit serta memulas puting buah dada penyerang AS itu.

Pemain tengah, Ceren yang beraksi bersama San Jose Earthquakes di MLS pula didapati menggigit Omar Gonzalez ketika pertembungan dua pasukan itu.

Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Konfederasi Amerika Tengah, Utara dan Caribbean (CONCACAF) mengumumkan hukuman itu sebelum aksi separuh akhir antara AS bertemu Costa Rica yang berlangsung di Dallas, hari ini.

CONCACAF yang tidak menjelaskan insiden terbabit secara terperinci dalam pengumuman itu menyatakan penggantungan hanya tertakluk untuk 'perlawanan rasmi'. -AFP

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon