Sunday, July 30, 2017

PTI Sanggup Jadi 'Daging Beku' Untuk Memasuki Britain

Tags


LILLE, Perancis: Seramai 26 pendatang tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak ditemui di dalam lori pendingin dekat terminal feri di pelabuhan French port of Dunkirk, kata pihak perkhidmatan kecemasan.

Budak berusia dua tahun dan ibunya warga Iran mengalami hipertermia dibawa ke hospital selepas kumpulan pendatang yang dipercayai cuba untuk masuk ke Britain ditemui di dalam lori, semalam.

"Perkhidmatan keselamatan terminal feri menghubungi perkhidmatan kecemasan selepas menjumpai 26 pendatang di dalam lori pendingin, " kata pihak berkuasa penyelamat wilayah dalam satu kenyataan.

Katanya, budak dua tahun yang diserang hipertermia ringan dibawa ke hospital di Dunkirk untuk mendapatkan rawatan.

Pendatang dari Asia Barat dan Afrika kerap mencuba masuk ke Britain melalui Perancis selepas menempuh perjalanan merentas Eropah, menyeludup masuk ke dalam lori yang merentas selat dengan menaiki feri atau terowong 'Eurotunnel'. -AFP

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon