Friday, July 28, 2017

Razak Baginda Kata; Sistem Pendidikan Negara Hasilkan Generasi 'Kerbau"

Razak berkata ada sesuatu yang tak kena dengan graduan, dan berkata generasi muda yang berdepan pelbagai dilema dalam suasana politik masa kini perlu menimbang pelbagai pilihan.


KUALA LUMPUR: Penganalisis Abdul Razak Baginda berkata sistem pendidikan di negara ini menghasilkan generasi yang hanya menurut dan tidak berani menyoal.

“Kita sebuah negara pak turut seperti kerbau,” katanya pada forum “Pasca-politik: Harapan dan aspirasi Malaysia” malam tadi.

Razak, yang mengetuai badan pemikir Pusat Hal Ehwal Sedunia (Icon), berkata ada sesuatu yang tak kena dengan graduan Malaysia.

“Kita tidak menggalakkan penggunaan akal, kebebesan berfikir dan minda kritikal,” katanya.

Razak berkata sistem pendidikan itu dibentuk sedemikian rupa untuk menghasilkan mereka yang hanya menjadi pak turut, sambil menambah golongan berkuasa mahu mengekalkannya demi kepentingan mereka.

“Ia untuk melahirkan golongan yang tidak boleh berfikir bebas. Sekiranya kita fikir, kita sudah tentu memperbaikinya 10 tahun lalu,” kata beliau.

Razak berkata dalam soal politik, generasi muda di Malaysia kini berdepan beberapa pilihan. -Sheith Khidhir Bin Abu Bakar

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon