Thursday, July 27, 2017

Remaja India Muslim Diculik Lalu Dirogol Dan Dibunuh

Tags


Seorang remaja perempuan India Muslim dilaporkan telah diculik lalu dirogol dan dibunuh dekat selatan London, minggu lalu seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Menurut laporan Daily Mail, Celine Dookhran, 19, menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya, seorang lelaki Arab. Tetapi hubungan cinta itu tidak direstui oleh keluarganya kerana mereka mahukan anaknya berkahwin dengan lelaki India Muslim.

Pegawai pendakwa, Binita Rosceo telah mengulas bahawa Celine telah diculik ketika berada di rumahnya bersama dengan rakan serumahnya. Mayat Celine pula telah ditemui di sebuah rumah yang bernilai £1.5 juta (RM8.4 juta) yang sedang diubah suai dekat selatan London.

Rakan serumahnya yang berusia 20-an itu bernasib baik kerana terselamat dan dikatakan ketika kejadian dia berada di bilik dan terdengan jeritan mangsa dari dalam bilik mandi. Mangsa telah diseret oleh dua orang lelaki sebelum dia dikenakan renjatan elektrik.

Kedua-dua mereka telah diikat dengan pita pelekat serta tali dan mulut mereka disumbat dengan sarung kaki yang dibungkus dalam kepingan plastik sebelum disumbat masuk ke dalam sebuah kenderaan.

Dua remaja perempuan ini telah dibawa ke rumah berkenaan yang terletak di Kingston iaitu lapan kilometer dari rumah mereka.

Malang nasib remaja muda ini apabila dia telah dirogol dan dibunuh dengan lehernya dikelar manakala rakannya pula cedera di leher tetapi berjaya melepaskan diri.

Kedua-dua manusia bertopengkan syaitan itu berjaya diberkas di atas tuduhan membunuh, merogol serta menculik. Mujahid Arshid, 33, dan Vincent Tappu, 28, telah dihadapkan ke mahkamah di Wimbledon di atas pertuduhan tersebut.

Celine dikatakan aktif di akaun Twitternya kerana sering mengenakan solekan dan dia juga bercita-cita untuk menjadi jurusolek. – Mynewshub

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon