Monday, July 10, 2017

Siapa Wanita Berambut 'Blonde' Bersama Pogba?

Tags

Pogba bersama seorang wanita berambut ‘blonde’

Paul Pogba bersama seorang wanita berambut ‘blonde’ pada cuti musim panas di Los Angeles menjadi tanda tanya.

Gambar bintang Manchester United itu dirakamkan semasa sesi latihan di Stadium Drake UCLA.

Menerusi gambar itu, beliau kelihatan bermesra dan berpelukan dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali.

Dalam temuramah bersama Esquire baru-baru ini, Pogba memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai kekasih.

Bagaimanapun, pasangan itu dilihat meluangkan masa bersama sewaktu Pogba melakukan senaman kecergasan menjelang jelajah pra musim Manchester United di Amerika.

Malah pemain itu dikesan membawa wanita misteri berkenaan untuk menikmati makan malam di restorant terkenal di Hollywood, Tao. – Mail Online

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon