Monday, July 31, 2017

SPAD Sudah Siasat Kejadian Anjing Dalam Teksi


Johor Bahru – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sudah menjalankan siasatan berhubung kejadian penumpang membawa anjing ke dalam teksi, yang viral dalam laman sosial sejak kelmarin.

Jurucakap SPAD, berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan khas berhubung kejadian itu dan melakukan tindakan lanjut bagi memulihkan kepercayaan pengguna terhadap perkhidmatan teksi.

“Pihak SPAD maklum mengenai perkara itu dan kami sudah menjalankan siasatan khas dengan membuka IP (kertas siasatan.

“Sementara itu, pihak syarikat dan pemandu teksi akan mengadakan sidang media bagi memohon maaf secara terbuka dalam tempoh terdekat selain melakukan proses samak kenderaan terbabit bersama ustaz yang dilantik,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Kelmarin, gambar penumpang membawa seekor anjing ke dalam teksi menjadi viral sejak di laman sosial Facebook (FB) dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. – BH Online

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon