Thursday, July 27, 2017

Suspek Liwat Dan Cabul 3 Pelajar Gantung Diri


Ipoh – Tiga pelajar Isnin lalu membuat laporan polis, mendakwa diliwat dan dicabul oleh jurulatih fisioterapi pasukan bola sepak sekolah di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Gan Tian Kee, berkata siasatan awal mendapati, dakwaan cabul dan liwat berlaku antara Mei 2016 hingga Mac tahun ini di rumah suspek dan bilik hotel.

“Suspek akan memberikan sebiji pil kepada mangsa dengan alasan untuk membesarkan badan.

“Selepas menelan pil, mangsa menjadi separuh sedar dan suspek akan meliwat dan menghisap kemaluan mangsa.

“Sebaik selesai, mangsa dibawa untuk membeli barangan seperti telefon bimbit, kasut, seluar dan baju,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tian Kee berkata, polis masih mengesan beberapa lagi rakan pengadu yang turut dipercayai menjadi mangsa dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, kira-kira jam 5.40 petang Selasa lalu, polis menerima panggilan dari sebuah hotel di sini tempat suspek menginap yang mendapati suspek yang berusia 54 tahun itu ditemui mati dipercayai menggantung diri di dalam sebuah bilik hotel.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon