Sunday, July 16, 2017

Telegram Tidak Akan Diharamkan Di Malaysia


Kuala Lumpur - Kerajaan tidak berhasrat mengharamkan penggunaan aplikasi Telegram seperti yang dilakukan Indonesia ekoran didakwa menjadi medium kegiatan keganasan di negara itu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pihaknya mendapati aplikasi tersebut tidak mempunyai unsur jenayah dan menghormati hak peribadi pengguna di negara ini.

"Bagaimanapun,kita akan terus memantau dan mempunyai kaedah tertentu bagi memastikan semua aplikasi yang digunakan di negara selamat dan bebas dari unsur jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Jakel, di Jakel Mall, di sini hari ini. - K! ONLINE

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon