Monday, July 31, 2017

Wanita Disyaki Bunuh Anak Tiri Ditahan Polis Di Limbang

Tags


Limbang – Polis menahan seorang wanita selepas disyaki menyebabkan kematian anak tirinya, Khamis lalu.

Wanita berusia 22 tahun itu ditahan di kediamannya di Kampung Terimah Lubai di sini, jam 7.10 malam tadi.

Suspek ditahan selepas selepas bedah siasat di Hospital Miri menemui unsur penderaan pada tubuh kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita akan mengenal pasti punca kesan kecederaan yang ditemui pada tubuh mangsa hingga menyebabkan kematiannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Limbang pada jam 9 malam Khamis lalu dengan mendakwa anak tirinya tidak sedarkan diri di lantai bilik mandi di rumah mereka di Kampung Terimah Lubai di sini, kira-kira jam 4 petang.

Suspek mendakwa anak tirinya bermain bersendirian di bilik mandi ketika dia berada di dapur dan hanya menyedari kejadian selepas kembali ke bilik mandi.

Dia membawa anak tirinya ke Hospital Limbang untuk rawatan, namun doktor mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia.

Kes awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat oleh Hospital Miri. – BH Online

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon