Saturday, August 5, 2017

Bapa Kejam Paksa Anak Berkaki Ayam Berdiri Di Atas Tar Panas


Melaka: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, di sini, semalam, atas tuduhan mendera anak lelakinya hujung bulan lalu.

Tertuduh, Muhamad Faisal Salam, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Faisal sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun tujuh bulan menganiaya mangsa daripada segi fizikal.

Dia didakwa memaksa mangsa berdiri di atas jalan tar dalam keadaan cuaca panas menyebabkan kedua-dua tapak kaki kanak-kanak itu melecur, di Batu 2 Bukit Palah, jam 3 petang, 24 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Subseksyen 3 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 pindaan 2017 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 dan penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Peguam bela mewakili tertuduh iaitu Mohd Faiezad Razali dan Ishak Kari merayu mahkamah menawarkan jaminan rendah dengan alasan Muhamad Faisal, yang bekerja sebagai penghantar surat hanya berpendapatan RM1,500 sebulan. -HMetro

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon