Sunday, February 25, 2018

Merajuk dimarahi keluarga, 4 beradik menghilang

Tags

Sekadar Gambar Hiasan

Empat adik beradik berusia 10 hingga 14 tahun dilaporkan hilang dipercayai melarikan diri ke kawasan hutan setelah marahi keluarga mereka di Kampung Telagus, Simunjan di sini petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, empat beradik itu dikatakan merajuk akibat dimarahi keluarganya selepas mereka selesai mandi sungai di kampung berkenaan.

"Pihak bomba hanya menerima panggilan pukul 8.23 pagi tadi memaklumkan empat beradik itu tidak pulang ke rumah sejak petang semalam.

"Sepasukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan kini sedang mencari dan mengesan empat beradik terbabit," katanya ketika dihubungi oleh akhbar K! ONLINE hari ini.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon