Thursday, August 30, 2018

Apa tujuan Anwar Ibrahim bertemu Jokowi di Istana Kepresidenan Bogor sekarang ini?

Tags

Calon Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menang tanpa bertanding dilaporkan sedang berada di Jakarta bertemu Presiden Indonesia, Jokowi.

Anwar Ibrahim memenangi kerusi Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 5 Ogos 2018. Anwar menggantikan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, sebagai presiden parti.

Portal media tempatan Indonesia Liputan6, melaporkan Presiden Jokowi menerima Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim datang bersama empat orang ahli rombongannya.

Anwar & rombongan di Istana Bogor. Sumber: Liputan6

Pertemuan dilakukan di pejabat Jokowi di Istana Kepresidenan Bogor, Jawa Barat, Khamis (30/8/2018), pukul 09.28 pagi waktu tempatan. Pertemuan berlangsung secara tertutup, wakil media hanya dibenarkan mengambil gambar sebelum perbincangan dimulakan.

Laporan tersebut juga melporkan bahawa Jokowi didampingi Menteri Luar Negeri Retno LP Marsudi, Menteri Sekretaris Negara Pratikno, Sekretaris Kabinet Pramono Anung, dan Menteri PUPR Basuki Hadimuldjono.

Tidak dapat dipastikan apa isi di sebalik perbincangan antara Jokowi dengan Anwar Ibrahim.

PKR merupakan salah satu parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi PRU14 pada Mei lalu. Dalam PRU14 tersebut, PH berjaya membentuk kerajaan dengan Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri.

Sumber: Liputan6

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon