Sunday, August 26, 2018

Bangga pergi melancong tapi hanya mampu makan maggi kari

Sejak 5 tahun lepas, trend melancong ke luar negara dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meluas dan aliran keluar rakyat Malaysia ke luar negara atas sebab melancong semakin meningkat setiap tahun.

Kenapa? Tidak menarikkah melancong dalam negara sahaja? atau kos melancong ke luar negara semakin murah? atau rakyat Malaysia sebenarnya berada dalam limpahan pendapatan yang tinggi setiap bulan? Mungkin ya mungkin tidak.

Kewujudan penerbangan tambang murah dengan promosi tahap "tambang percuma", telefon pintar dan pengaruh media sosial seperti Instagram, Facebook dan Whatsapp membuatkan sesiapapun gatal tangan untuk membeli tiket ke destinasi idaman di luar negara.

Ya, siapa yang tidak teruja dan cemburu apabila melihat rakan-rakan dan ahli keluarga menaikkan status selfie dan wefie di media sosial dengan catatan;

"Cerita sebentar tadi di Jeju" atau "Akhirnya aku sampai jua disini...Guilin."

Sekadar gambar hiasan

Bagi sebahagian besar rakyat Malaysia, melancong ke luar negara bukanlah seindah gambar-gambar yang dikongsikan dalam media sosial.

Apabila soal makan dan minum, keterujaan anda itu mungkin akan semakin lenyap terutamanya jika perjalanan anda melebihi 3 hari.

Tambahan pula, ragam deria rasa lidah rakyat Malaysia; makanan kita adalah yang paling sedap. Anda mungkin tidak akan menjumpai makanan tersebut ketika melancong atau harga makanan tersebut akan mematikan selera anda.




Bagi mereka yang beragama Islam, nikmat melancong di luar pasti berhadapan situasi sukar mencari makanan halal disebabkan majoriti penduduk di negara tersebut bukan beragama Islam. Sifat was-was/ ragu-ragu menjadi terlalu kuat.

Situasi 1:
"Ada juga restoran halal tapi punya mahal!", kata seorang rakan ketika menceritakan pengalamannya melancong di Tokyo.

Situasi 2:
"Kau mau tau, satu minggu kami makan maggi di Vietnam!", tulis seorang rakan di group whatsapp.

Situasi 3:
"Kami bawa maggi sama kari ayam dalam tin masa melancong di Beijing" kata rakan penulis yang lain.

Situasi 4:
Saya: Ok la di Kota Pontianak?
Dia: Ok tapi tidak boleh masuk tu makanan dorang.
Saya: Kenapa?
Dia: Loya tekak saya.
Saya: Bukan banyakkah restoran Melayu disana? Halal juga kan?
Dia: Banyak. Ada juga tanda halal tapi saya ragu-ragu. Faham-faham sajala kalau disana. Nasib la ada bawa maggi.

Maggi kari

Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja akan tahu kesukaran menghadapi situasi tersebut. Pilihan lain, makan roti dan sayur saja tapi kalau sampai seminggu begitu boleh cedera parah mental dan emosi.

Sekali sekala mau juga menikmati makanan di negara tersebut, kan? Contohnya makanan dalam gambar dibawah ni yang terkenal di Jepun tapi masalahnya tidak halal.

Sekadar gambar hiasan




Kelihatan sangat sedap tapi hanya mampu ber`huhuhu je...

Apapun ada penyelesaiannya, selain maggi anda boleh membawa senarai makanan ini untuk pastikan pengembaraan anda lebih menyeronokkan lidah dan mengenyangkan perut Malaysia anda;

Nasi Segera Brahims
Rendang daging dan ayam Brahims
Sos Lingham
Sambal Kering
Ikan Sardin/Tuna dalam Tin
Tepung Segera
Kicap
Roti Canai Beku
Bawang Goreng
Lepa Kaya
Tesco Kari Ayam dengan Ubi kentang
Sup Tulang Adabi

Terlalu banyak? Ya, anda perlukannya semua jika tidak, anda hanya akan mampu berbangga dan kelihatan gah didalam gambar tapi makan bagaikan seorang pengemis!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon