Saturday, August 25, 2018

Cinta itu sentiasa penuh dengan mimpi indah selagi ia kekal bersama kita

Tags

Cinta

CINTA adalah satu perasaan yang dikurniakan oleh Pencipta kepada sekalian manusia untuk saling mencintai, memiliki, memenuhi, memberi, menerima dan saling mengerti.

Cinta itu tidak akan dapat dipaksakan, cinta hanya dapat berjalan apabila kedua belah pihak saling menerima dengan ikhlas, cinta tak akan bersatu jika sebelah pihak pentingkan diri sendiri.

Kerana dalam cinta, kita pasti mengingini lebih berbanding apa yang diperolehi daripada pasangan cinta menurut pengertian cintanya.


Cinta ialah kasih sayang bukannya rantai yang mengikat. Cinta tidak boleh dipaksakan dan datangnya juga ada kalanya secara tidak di sengaja.

Cinta itu indah dan mengasyikkan namun luka yang ditinggalkannya kadang berlangsung lebih lama dari saat cinta itu sendiri.

Antara cinta dan benci juga amat nipis sempadannya tapi dengan cinta dunia yang kita alami terasa sangat indah dan penuh makna.

Gambar: Google Images

Cinta itu adalah perasaan seseorang terhadap lawan jantinanya kerana daya tarik terhadap sesuatu yang dimiliki oleh lawan jenisnya; mungkin sifatnya, wajahnya ataupun apa yang dimiliknya.

Namun cinta itu menuntut pengertian dan saling memahami agar hubungan terus subur, saling menutupi kekurangan dan sanggup menerima pasangannya seadanya tanpa paksaan, dipaksa dan memaksa. Berkongsi suka dan duka bersama.

Cinta itu pastilah murni, bersih, telus dan suci yang timbul secara semulajadi. Cinta itu mampu membuatkan sesorang termotivasi untuk melakukan perubahan yang lebih baik dari sebelum ia mengenal apa itu cinta.

Cinta itu harus bebas dari keegoan dan kemunafikan untuk kepentingan sepihak.

Gambar: Google Images

Cinta adalah perasaan hangat yang mendalam. Menyedarkan kita erti dihargai, dan menyedari ada seseorang yang begitu berharga untuk dilindungi. Cinta bukan sekadar luahan kata, harga sebuah cinta diatas nilai segala harta yang bertimbun di dunia.

Saat tangan kamu dibelai dan digengam lembut oleh seseorang dengan lafaz "aku cinta padamu", dunia ini bagai milikmu. Oleh itu, saat kamu sudah menemukan seseorang yang begitu berharga buatmu, jangan pernah siakannya!

Namun, keindahan cinta itu sering diekori rapat oleh dugaan yang menyakitkan. Kerana itu, waspadalah sentiasa jangan pernah hanya sekadar menguji cinta dengan bermain cinta 


Cinta itu datang tanpa disedari bila masanya tiba, pemilik perasaan sekalipun tidak mungkin mengetahuinya. Jika kita dilamun cinta, dunia yang penuh duka ini mampu dibahagiakan.

Tapi awas, apabila cinta yang dicurah tidak berbalas, dunia ini bagaikan bukan lagi tempat yang sesuai untuk didiami.

Hanya dalam cinta, kita mampu belajar untuk menghargai dan menerima serta melindungi orang yang kita cintai.

Gambar: Google Images

Nilai cinta itu benar-benar berada diatas nilai segala harta yang dianugerahkan kepada manusia, makluk sempurna.

Cinta bukanlah kata-kata, bukan juga simbol bahasa yang boleh diucapkan tapi cinta hanya boleh dihadam dengan bahasa cinta, perasaan dan perbuatan.

Cinta datang dari perasaan gelora yang timbul dari lubuk hati yang paling dalam, umpama berjalan dalam terowong gelap menuju cahaya yang menyinar di penghujung terowong.

Cinta itu sentiasa penuh dengan mimpi indah selagi ia kekal bersama kita.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon