Monday, August 27, 2018

Datuk V akan buat sidang media berkenaan isu hadiah berlian palsu Gegar Vaganza

Tags

Sebelum ini viral isu hadiah rantai berlian yang didakwa palsu diberikan kepada Aishah sempena kemenangan penyanyi itu pada Gegar Vaganza ke-4 (GV4) tahun lalu. Bagi merungkai isu konterversi itu, Datuk Vida mahu membuat sidang media.

Datuk Vida

KUALA LUMPUR - Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 46, bercadang untuk mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu rantai berlian yang didakwa palsu diberikan kepada Aishah sempena kemenangan penyanyi itu pada Gegar Vaganza ke-4 (GV4) tahun lalu.

Menurut Vida, beliau hanya akan mengadakan sidang akhbar itu jika Aishah turut bersetuju untuk hadir dan menyelesaikan perkara berkenaan secara profesional.

“Saya akan menghubunginya untuk bertanya tentang isu ini.

“Jika dia bersetuju, saya akan mengadakan sidang akhbar bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada Kosmo! Online di sini sebentar tadi.

Baru-baru ini, Aishah menerusi akaun Instagramnya mendakwa loket pemberian Vida atas kemenangannya pada GV4 tidak mempunyai nilai kerana diperbuat daripada kubik zirconia dan batu sintetik.

Sebagai ganti, Vida mencadangkan agar hadiah berkenaan digantikan dengan jenama wang kripto, Lavida Coin.

Dalam pada itu, Vida menegaskan supaya Aishah menerima hadiah gantian tersebut dan berjanji untuk menyediakan tenaga mahir bagi memberi tunjuk ajar tentang selok-belok perniagaan wang kripto alam maya.

“Saya berharap agar Aishah menerima hadiah gantian ini dan tidak meminta benda lain. Lavida Coin akan memberi pulangan berlipat kali ganda berbanding nilai rantai berkenaan.

Sumber: K! ONLINE

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon