Sunday, August 26, 2018

Duit bukan segala-galanya tapi kerana duit nyawa melayang

Mangsa kejadian tikaman di lokasi kejadian

DUIT bukan segala-galanya tapi segala-galanya adalah duit! Kerana itu, seorang isteri sanggup menikam suaminya sehingga maut.

Satu kejadian pergaduhan berlaku di dapur sebuah rumah tumpangan antara pasangan suami isteri mengakibatkan seorang lelaki warga Thailand maut dipercayai ditikam isterinya dengan menggunakan sebilah pisau pada dada sebelah kiri.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 10.00 malam itu, mayat Suriya Kanchaiyaphum, 36, ditemui dalam keadaan terlentang di kaki lima pekarangan luar rumah tumpangan berkenaan.

Kejadian berlaku di Gat Lebuh Chulia, George Town, Pulau Pinang malam tadi 25 Ogos 2018.


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan; pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mayat mangsa terlentang dengan kesan kecederaan pada dada kiri dipercayai ditikam.

"Kita telah membuat tangkapan ke atas isteri mangsa yang juga merupakan warga Thailand di lokasi kejadian termasuk merampas pisau yang digunakan suspek untuk menikam suaminya.

"Siasatan lanjut mendapati motif kejadian adalah disebabkan pergaduhan antara pasangan suami isteri terbabit berkenaan wang," katanya kepada pemberita.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon