Friday, August 24, 2018

Empat tahun sebelum menjadi warga emas, dia kelihatan seperti pemuda 27 tahun

Tags

Pak Nil. Sumber gambar: Google Images

Pengacara nombor 1 negara, Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi dilahirkan pada 6 November 1962 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur merupakan anak keenam daripada tujuh beradik, kepada pasangan Hajah Norbaiti Surur (1926-2016) dan Haji Nawawi Shirin. Beliau lebih dikenali sebagai Aznil Nawawi, Aznil atau mesra dengan panggilan Pak Nil.

Beliau merupakan seorang pengacara, pelakon, penyanyi, bekas penyampai radio dan telah berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 26 tahun lepas sebagai seorang wartawan media di rangkaian televisyen swasta Malaysia, TV3. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.

Mengakui tidak menyangka sudah hampir tiga dekad mewarnai dunia seni tanah air. Pak Nil yang kini berusia 56 tahun tetap laris bagaikan pisang goreng dengan pelbagai tawaran dan dilihat sentiasa tampil dengan imej muda dan bertenaga. Apakah petua yang diamalkannya?

Sumber gambar: Google Images

Beliau pernah ditanya oleh seorang wartawan Sinar Harian tentang soal itu, Aznil terus ketawa kecil dan menjelaskan;

"Sejak dari kecil lagi saya seorang yang energetik, aktif dan tampil ceria sentiasa sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, saya tiada sakit apa-apa membuatkan kehidupan juga berjalan lancar."

Dari segi penjagaan wajah, Aznil sangat mengutamakan kebersihan diri;

"Saya tiada petua tertentu, sebaliknya hanya mengamalkan rutin mencuci muka setiap pagi dan malam. Amalan ini bukan dilakukan selepas berada dalam dunia glamor, tetapi telah diamalkan semenjak saya berusia 12 tahun. Bagi saya, penjagaan wajah itu sangat penting tidak kiralah perempuan atau lelaki. Mungkin mereka anggap saya jaga wajah sebab kerjaya saya, namun sebenarnya penjagaan wajah ini adalah perlu untuk semua orang."

Gaya K-Pop. Sumber gambar: Google Images

Penulis mengakui Pak Nil kelihatan jauh lebih muda jika dibandingkan dengan usianya. Ke"babyface"an wajah dan penampilannya bagaikan artis K-Pop menjadikan beliau kelihatan seperti pemuda berusia 27 tahun!

Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon