Thursday, August 23, 2018

Kisah ini memberi harapan bahawa cinta tanpa syarat itu masih wujud

Tags

Bahagia bukan terletak pada harta dan rupa. Itulah kesimpulan dari kisah Nutchanart Chaichan dan teman lelakinya Wutthichai Saeng-ngern.

Facebook: Jubjang Nutchanart Chaichan

Seorang peragawati cantik dan popular di Thailand menjadi bualan netizen apabila meluahkan rasa cinta buat teman lelakinya yang sudah dikenalinya selama lima tahun di Facebook.

Facebook: Jubjang Nutchanart Chaichan

Biarpun Nutchanart Chaichan yang berusia 22 tahun memiliki kecantikan dan kerjaya yang penuh glamor, dia tidak kekok untuk terus mendampingi Wutthichai Saeng-ngern, 25 tahun, seorang pemandu tuk-tuk dengan pendapatan tidak melebihi 500 Baht (RM61.00) sebulan.

Inilah luahan hati yang ditulis peragawati cantik di FBnya. -Facebook: Jubjang Nutchanart Chaichan

Facebook: Jubjang Nutchanart Chaichan

"Kenapa saya pilih dia? Kami berbeza tetapi kami saling menyayangi. Apa yang awak makan, saya makan. Saya tahu awak sudah berusaha, awak tidak pernah merungut walaupun penat bekerja. Saya bahagia dan bangga," tulis Nutchanart di Facebook.

Facebook: Jubjang Nutchanart Chaichan

Walaupun Nutchanart sering disindir kerana memilih lelaki yang tidak berharta sebagai teman lelaki, dia tidak pernah berfikir untuk berpisah dengan lelaki tersebut.

Facebook: Jubjang Nutchanart Chaichan

"Jangan pandang rendah pada mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang besar. Bahagia bukan pada harta. Saya tidak pernah rasa malu mendampinginya. Dia buat kerja yang halal dan jujur," kata Nutchanart ketika ditemuramah sebuah stesen televisyen.

Dalam dunia yang mementingkan rupa dan material, kisah ini mungkin boleh memberi harapan bahawa cinta tanpa syarat itu masih wujud. Apa pendapat anda?

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon