Friday, August 24, 2018

Kota Pontianak sedang berpanas akibat kebakaran hutan yang teruk

Tags

Negara jiran kita Indonesia sedang dilanda masalah jerebu yang teruk akibat kebakaran hutan, ladang dan tanah gambut sejak sebulan lalu.

Jerebu di Kota Pontianak. Sumber gambar: Kompas

Kota Pontianak yang terletak di Kalimantan Barat (Kalbar) merupakan wilayah yang mencatatkan kualiti udara yang semakin buruk, memaksa kerajaan menutup beberapa buah sekolah sejak Isnin lepas.

Walau bagaimanapun, sekolah menengah kembali dibuka semalam, namun jumlah pelajar yang hadir ke sekolah hanya sekitar 30 peratus kerana jerebu yang masih tebal. Sekolah rendah dan tadika masih ditutup sehingga Isnin depan.

Kompas melalui portal beritanya melaporkan bahawa pihak sekolah menunggu keputusan pihak pengurusan pendidikan sama ada sekolah menengah akan terus dibuka atau kembali ditutup.

Berdasarkan laporan rasmi media Indonesia, setakat ini kebakaran hutan telah meragut dua nyawa penduduk tempatan. Kedua-dua mangsa mati terbakar di dalam kawasan ladang masing-masing.

Memadam kebakaran di Kalbar. Sumber gambar: PROKalbar

Kompas juga melaporkan, jarak penglihatan di Kota Pontianak hanya sekitar 200 hingga 300 meter dan kebanyakan penduduk memakai topeng hidung.

Sebanyak 331 titik panas dikesan berbanding hampir 1,100 yang dikesan pada 16 Ogos lepas.

Selain menyebabkan pencemaran udara dan gangguan kesihatan, jerebu juga telah menjejaskan jadual penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio. Dilaporkan jerebu telah menyebabkan beberapa penerbangan tertunda dan dijadualkan semula.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon