Thursday, August 30, 2018

Lagi bangkai gajah betina ditemui di kawasan ladang di Tongod

Tags

Bangkai gajah betina dengan kesan tembakan ditemui di kawasan ladang di Tongod pada Sabtu lalu.

Bangkai gajah betina. Sumber: kosmo

Seekor bangkai gajah betina dianggarkan berusia antara 12 hingga 15 tahun ditemui dengan kesan tembakan di kawasan ladang di Tongod pada Sabtu lalu.

Penemuan baharu tersebut menjadikan jumlah kematian pada minggu lalu sahaja mencecah empat ekor gajah di sekitar pantai timur negeri ini.

Susulan penemuan bangkai gajah betina itu, sepasukan renjer dan pegawai veterinar dihantar bagi menjalankan siasatan sebelum proses bedah siasat dijalankan pada Isnin lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Hidupan Liar Sabah, Siti Nur’Ain Ampuan Acheh berkata, hasil pemeriksaan mendapati gajah berkenaan telah mati kira-kira seminggu lalu.

“Selain kesan luka berbentuk bulat, gajah betina berkenaan turut mengalami pendarahan teruk dipercayai kesan tembakan tetapi tiada sebarang peluru ditemui pada badan haiwan ini.

“Berkemungkinan punca kematian kerana kerosakan neurologi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Direkodkan, setakat bulan Ogos tahun ini sebanyak 25 gajah di Sabah mati akibat dibunuh termasuk parah kerana terjerat dalam perangkap yang dipasang di kawasan ladang.

Sumber: K! ONLINE

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon