Saturday, August 25, 2018

Lelaki terbukti lebih sihat dan subur tanpa boxer dan seluar dalam

Gambar hiasan. Sumber gambar: my.carousell.com

Mempunyai keturunan merupakan impian semua manusia normal terutamanya pasangan suami isteri. Untuk mendapat anak sendiri, kesihatan dan kesuburan suami ataupun isteri sudah tentu sangat mempengaruhi. Bagi lelaki, kualiti sperma yang dihasilkan mestilah baik. Ini adalah kunci utama kesinambungan keturunan.

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kualiti sperma. Salah satu faktornya ialah penggunaan seluar dalam. Mungkin pelik, tapi faktanya; seluar dalam yang terlalu ketat akan menyebabkan bahagian alat sulit lelaki menjadi panas. Keadaan panas inilah yang akan mempengaruhi kualiti sperma yang dihasilkan oleh seseorang lelaki.




"Bercakap tentang lelaki, elakkan penggunaan seluar dalam yang terlalu ketat, kerana akan menyebabkan panas, panas akan menyebabkan kualiti sperma menurun," kata Dr. Ivan Sini ketika disoal dalam sidang media Morula IVF Indonesia di Jakarta pada 24 Ogos 2018. 

Beberapa kajian juga telah membuktikan, penggunaan pakaian dalam yang longgar memberi kesan baik kepada kesuburan lelaki. Dalam penyelidikan yang diterbitkan oleh jurnal Human Reproduction, penggunaan boxer terbukti lebih baik berbanding menggunakan seluar dalam ketat.

Lelaki yang menggunakan boxer memiliki konsentrasi sperma 25% lebih tinggi berbanding lelaki yang menggunakan seluar dalam ketat, dan menghasilkan kuantiti sperma 33% lebih banyak dalam satu kali ejakulasi, menurut artikel yang diterbitkan oleh Independent.

Gambar hiasan. Sumber gambar: depositphotos.com

SayaKata; Jika seluar dalam longgar lebih baik berbanding seluar dalam ketat, menggunakan boxer pula lebih baik berbanding seluar dalam, maka sudah pasti lelaki tanpa seluar dalam dan boxer adalah jauh lebih baik!

Share jika menarik...

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon