Thursday, August 23, 2018

Mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman disahkan telah ditangkap polis

Tags

Portal media K! ONLINE (Kosmo!) telah melaporkan bahawa Tan Sri Musa Aman telah ditangkap oleh polis. Menurut K! ONLINE, penangkapan tersebut disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah pada hari ini 23 Ogos 2018, pukul 10.00 pagi.

Musa Aman

Berikut ialah laporan penangkapan Musa Aman seperti yang dilaporkan oleh K! ONLINE; 

KOTA KINABALU - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din mengesahkan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman telah ditangkap bagi membantu siasatan di Kuala Lumpur pagi tadi.

"Tan Sri Musa Aman telah ditangkap pada pukul 10 pagi tadi."

"Pihak polis memohon reman terhadapnya tetapi tidak diluluskan oleh Majistret," katanya ringkas kepada Kosmo! menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai tangkapan bekas Pengerusi Barisan Nasional Sabah terbabit.

Musa merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga merupakan individu dikehendaki pihak polis berkaitan kes ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. - K! ONLINE

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon