Friday, August 24, 2018

Natasha Amanda, anak jati Sandakan yang sedang meningkat naik dalam dunia hiburan tanah air

Tags

Kini namanya semakin meningkat naik selepas artikel tentangnya disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan Sabah seperti Harian Ekspres, Borneo Post, New Sabah Times dan Utusan Borneo baru-baru ini.

Natasha Amanda seorang wanita anak jati kelahiran Sandakan, Sabah menceburkan diri dalam industri muzik walaupun dia memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom.

Sumber: page FB rasmi Natasha Amanda

Natasha, yang kini menetap di Kuala Lumpur baru saja melahirkan lagu solo sulungnya bertajuk Hanya Ada Cinta yang dicipta oleh Helen Yap dan lirik oleh Haslan Hussain.

Menariknya, lagu itu yang berdurasi 4 minit 30 saat dalam genre balada mengisahkan tentang percintaannya yang tidak kesampaian kerana terpaksa berpisah dengan kekasihnya.

"Kisah dalam lagu ini sememangnya ada kena mengena dengan diri saya, sebelum lagu ini dicipta, komposer ada bertanya jika saya pernah mengalami putus cinta atau apa-apa perkara yang menyedihkan," -Natasha.

"Hanya Ada Cinta, lirik dihasilkan oleh Haslan Hussain. Terima kasih kepada pencipta lirik buat single sulung ini. Sangat indah dan mudah difahami. Natasha share kan bait-bait lagu Hanya Ada Cinta kepada pendengar dan peminat. Hope you enjoy it!" tulis Natasha dalam page FBnya.

Hanya Ada Cinta
Penyanyi: Natasha Amanda
Ciptaan: Helen Yap
Lirik: Haslan Hussain

Ku tahu cinta ini
Tidakkan bertahan
Sekuat mana ku coba

Tak daya, ku teruskan
Ku tiada apa
Hanya ada cinta

Takkan ku lupa kenangan,
Saat bersama
Indah ku rasa..

C/O
Maafkanlah diriku kasih,
Kerana sakiti hatimu,
Maafkan kerna ku terpaksa..
Walau sedih dihatiku..

Tentang cinta kita
Membuatku gundah
Dunia melawan kita.

Terpaksa ku membohongi,
Kau tak ku cintai,
Jangan kau kembali..

Takkan ku lupa kenangan,
Saat bersama
Indah ku rasa..

C/O
Maafkanlah diriku kasih,
Kerana sakiti hatimu,
Maafkan kerna ku terpaksa..
Walau sedih dihatiku..Kasih..

Kau harus tahu,
Bertapaku cinta mu,
Ho~ kasihku..
Walau jiwa seksa
Ku ingin engkau bahagia..
Selamanya..

Maafkanlah diriku kasih,
Kerana sakiti hatimu,
Maafkan kerna ku terpaksa..
Walau sedih dihatiku..Kasih..Mmm..

Menurut graduan Universiti Hertfordshire ini, sebelum giat membuat promosi lagunya di Sabah, dia sudahpun mempromosikan lagunya di Perlis, Pulau Pinang dan Langkawi. Sabah adalah negeri ke-4 dalam jelajahnya.

Sumber: page FB rasmi Natasha Amanda

Walaupun Natasha mempunyai kerjaya tetap sesuai kelulusannya, muzik juga adalah keutamaannya dan berharap kehadirannya dalam industri seni dapat diterima dengan baik oleh pendengar muzik tempatan.

Ikuti perkembangan Natasha di radio-radio tempatan, request lagu, dan follow page rasminya Natasha Amanda!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon