Sunday, August 26, 2018

Pelancong wanita hanya berseluar dalam ketika bersiar-siar di Kota Kinabalu

Tags

Pelancong wanita hanya berseluar dalam

KOTA KINABALU - Seorang pelancong wanita dipercayai warganegara China berkelakuan tidak sopan dengan hanya memakai seluar dalam di sekitar premis Asia City di sini hari ini.

Kejadian yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu memperlihatkan wanita terbabit berjalan bersama seorang lelaki dengan hanya memakai baju dan pakaian dalam berkenaan.

Menurut sumber yang hanya ingin dikenali sebagai Joseph, rata-rata orang awam terkejut dengan kelakuan pelancong tersebut.

"Pada ketika itu, saya sedang makan bersama rakan-rakan dan terkejut melihat kehadiran wanita itu

"Pelancong itu pula seperti tidak kisah apabila dirinya menjadi tatapan orang awam di kawasan sekitar," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sabah, Ag. Ahmad Zaki Abu Bakar enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu.

"Tiada komen setakat ini, luar bidang kuasa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada penghujung Jun lalu, Sabah dikejutkan dengan kejadian dua pelancong wanita China yang berkelakuan tidak sopan dengan beraksi ghairah di tembok Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas.

Akibat tindakan dua pelancong berkenaan, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu telah ditutup kepada pelancong sebelum dibuka semula pada 1 Ogos lalu. - K! ONLINE

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon