Tuesday, August 28, 2018

'Pencen akan dimansuhkan diganti dengan KWSP serta-merta' Astro AWANI kata palsu!

Tags

Palsu! Astro AWANI tidak siarkan artikel berjudul 'Pencen akan dimansuhkan diganti dengan KWSP serta-merta.'

Palsu!

Astro AWANI menafikan pernah menerbit dan menyiarkan artikel berjudul, 'Bayaran Pencen diganti kepada KWSP serta-merta' di platform digital (www.astroawani.com), seperti yang ditularkan di media sosial hari ini.

Artikel palsu itu antara lain mendakwa kononnya tiada pembayaran pencen selepas pesaraan 2021.

Paparan imej yang menyalahgunakan logo nama Astro AWANI itu sengaja disunting serta diolah oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan masyarakat.

Astro AWANI menyeru semua pihak khususnya pengguna internet supaya berhati-hati dalam mengakses maklumat dan hanya mendapatkan berita yang benar dan sahih dari sumber yang betul iaitu di laman web serta akaun media sosial rasmi Astro AWANI. -Astro AWANI

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon