Monday, August 27, 2018

Rakyat Malaysia menang RM16,676,810.00 dalam pertandingan Dota 2

Tags

Yap Jian Wei

Jika masih ada yang berpendapat bermain game secara serius tidak mampu menjadikan seseorang kaya dan jutawan, mungkin perlu difikirkan sekali lagi.

Terbaru, remaja dari Malaysia iaitu Yap Jian Wei atau lebih dikenali dengan nama xNova bersama kumpulannya, PSG.LGD berjaya muncul sebagai naib juara pertandingan Dota 2, The International 8 yang berlangsung di Vancouver, Kanada.


Difahamkan hadiah yang diperoleh melalui pertandingan berprestij ini membolehkan kumpulan PSG.LGD yang dianggotai oleh lima ahli kumpulan menerima sebanyak $4,075,965 (RM16,676,810).

xNova

Selain itu, pasukan OG berjaya muncul sebagai juara serta membawa pulang piala Aegis beserta wang tunai bernilai $11,208,905 (RM45,861,234). Tahniah diucapkan buat Yap Jian Wei diatas hasil usahanya. Semoga lebih banyak anak muda yang berjaya melakar nama di peringkat antarabangsa di dalam e-sukan selepas ini. -thevocket

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon