Friday, August 31, 2018

Selepas 9 bulan melahirkan bayi kembar, Zizie Ezette kembali berbadan dua

Tags

Tahniah kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, atas kehamilan kali kedua isterinya, Zizie Ezette.

Sumber gambar: mstar

Berita gembira yang dikongsi menerusi laman Instagram milik Zizie semalam menerima ucapan tahniah dari beberapa selebriti antaranya Fizo Omar.

Zizie menerusi tanda pagar # yang tertera menjelaskan kandungannya itu sudah masuk tiga bulan.

Portal Utusan Online semalam (30 Ogos 2018) melaporkan bahawa, selepas sembilan bulan melahirkan bayi kembarnya, pelakon Zizie Ezette kembali berbadan dua.

Zizie, 39, sebelum ini selamat melahirkan Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada 29 Disember tahun lalu menerusi pembedahan.

Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, pada 2009, pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat bernama Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette yang masing-masing berusia tiga tahun dan setahun.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon