Thursday, August 23, 2018

Sepuluh Petanda Anda Mempunyai Perhubungan Sulit Secara Emosi

Tags

Sekadar Gambar Hiasan

1. Anda mengadakan perbualan yang anda tidak ingin suami atau isteri anda melihatnya

Jika anda pernah dalam keadaan di mana anda berfikir, "Baguslah suami/isteri saya tidak melihat ini," anda sudah keluar dari batasan dan anda sedang bermain dengan api. Perkahwinan yang sihat memerlukan kepercayaan dan ketelusan yang penuh. Jangan BERHENTI bermain cinta dengan pasangan anda dan jangan MULA bermain cinta dengan sesiapa pun yang lain.

2. Anda berhias untuk menarik perhatian seorang individu yang khusus selain daripada pasangan anda

Apabila kita ingin kelihatan menarik kepada seorang individu selain daripada pasangan kita, kita sedang membuka pintu yang merbahaya. Keinginan untuk kelihatan profesional dan menunjukkan penampilan yang baik itu bagus, tetapi keinginan untuk menunjukkan penampilan terbaik untuk seorang peribadi yang khusus adalah perkara yang langsung berbeza. 

3. Anda cuba mencipta kesempatan untuk bersendirian dengan seorang yang lain daripada pasangan anda

Jika anda bersusah payah untuk "bertembung" seseorang supaya anda dapat mengadakan perbualan satu dengan satu dengannya, itu adalah satu petanda amaran. Anda perlu serta-merta menjarakkan diri daripada orang itu. Jangan perdagangkan nikmat sementara untuk penyesalan yang kekal. 

4. Anda padamkan teks mesej atau emel daripada seseorang, sebab anda tidak ingin suami atau isteri anda melihatnya

Jika ada pernah menyembunyikan mesej, teks atau panggilan, anda telah melangkahi batasan yang jelas dan anda sedang menjalinkan hubungan sulit secara emosi. Kerahsiaan adalah musuh kepada keintiman dalam perkahwinan. Mengakulah kepada pasangan anda apa-apa yang anda telah sembunyikan dan mula berusaha untuk membina semula kepercayaan. 

5. Anda mempunyai khayalan romantik dan/atau seksual secara konsisten mengenai seseorang selain daripada pasangan anda

Hubungan sulit tidak bermula di bilik tidur, ianya selalu bermula di fikiran! Jika anda mengizinkan fikiran anda memainkan khayalan itu, anda sedang memberikan sebahagian hati anda kepada objek khayalan itu dan anda sedang membuka pintu untuk khayalan itu menjadi kenyataan.

6. Anda sering membandingkan pasangan anda dengan individu yang lain itu

Apabila anda mula terlibat secara emosi dengan seseorang, kecenderungan secara mental adalah untuk melihat orang baru itu umpama hampir sempurna, dan secara bandingan, kekurangan pasangan anda akan menjadi semakin ketara. Jika anda menjadi semakin mengkritik terhadap pasangan anda manakala secara mental membandingkannya dengan orang yang lain itu, anda sedang jatuh ke dalam jerat merbahaya. 

7. Anda mendapati diri anda sentiasa bercakap (atau berfikir) mengenai orang lain itu

Tindakan kita menyusul dari pemikiran kita. Jika anda sentiasa terfokus terhadap seseorang (yang bukan pasangan anda), anda sudah terlibat dalam hubungan sulit emosi. Jika anda mendapati diri anda selalu bercakap mengenai orang itu, itu adalah tanda bahawa fikiran anda sedang dikuasai oleh perhubungan itu.

8. Anda mencari kesempatan menjauhi pasangan anda

Apabila anda sudah terlibat dalam perhubungan sulit emosi, anda akan secara tidak sedar melihat pasangan anda sebagai gangguan yang negatif dan anda cuba menjauhkan diri. Ianya bukan selalunya untuk menghabiskan waktu dengan orang yang lain itu. Ianya kadang-kala begitu halus, seperti menjalankan tugasan tambahan agar tidak perlu pulang ke rumah dan berhadapan dengan pasangan anda. Jika anda (atau pasangan anda) sedang melakukan ini, ianya pastinya satu petanda amaran. 

9. Keinginan seks anda terhadap pasangan anda menjadi jauh lebih rendah ATAU jauh lebih tinggi

Keinginan seks yang lebih rendah terhadap pasangan anda tidaklah menghairankan, tetapi ianya berkemungkinan juga bahawa suatu hubungan sulit emosi akan mencetuskan keinginan seks yang lebih tinggi terhadap pasangan anda. Ini terjadi apabila khayalan yang dimainkan dalam otak terhadap orang yang lain itu dilakukan terhadap pasangan kita. Jika ada pertambahan atau pengurangan amat besar dalam keintiman seks, kekerapan dan keghairahan dalam hubungan seks dengan pasangan anda, ianya mungkin satu petanda bahawa suatu perhubungan sulit emosi sedang dijalinkan, dan suatu perhubungan fizikal/seks mungkin menjadi langkah yang seterusnya. 

10. Anda sedang merencanakan hidup baru dengan orang yang lain itu

Ketika anda mula merancang dan memiliki fikiran romantik mengenai hidup baru dengan orang lain itu, anda di tempat yang sangat merbahaya. Saya menyeru kepada anda untuk memikirkan semula apa yang anda sedang lakukan dan mengaku kepada pasangan anda. Berjuanglah untuk perkahwinan anda

(Dipetik dan diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Church Leaders bertajuk, "10 Signs of An Emotional Affair" yang ditulis oleh Dave Willis bertarikh 19 Mac 2017) -Disesuaikan dari; domba2domba

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon