Friday, August 31, 2018

[Terkini] Harga baru petrol dan diesel sepanjang bulan September

Hebahan terbaharu melalui paparan infografik dalam Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNKK-Laman Rasmi menetapkan harga RON 97 dari 1 September sehingga 30 September 2018.

Sumber: FB KPDNKK-Laman Rasmi

Berpandukan infografik tersebut, harga baharu RON97 bernilai RM2.65 seliter iaitu turun 4 sen berbanding harga terakhir hari ini iaitu RM2.69 sen.

Manakala, harga RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.20 dan RM2.18 seliter.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan harga RON97 akan diapungkan secara apungan terurus dengan harganya diselaras setiap minggu.

Persoalannya, adakah harga RON97 yang sebelum ini ditetapkan sekali seminggu kini ditetapkan sekali sebulan?

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon