Thursday, September 13, 2018

10 ciri seorang gadis, anda seorang gadis atau wanita? Nombor 6 dan 9 penting kepada lelaki

Anda seorang gadis atau wanita?

GAMBAR hiasan. Foto: onvacations

Tidak dapat dinafikan bahawa ada beberapa perbezaan asas di antara lelaki dan wanita – dari cara kita bersosial hingga kepada bahan kimia di dalam badan dan perbezaan hormon yang secara semula jadi sememangnya berlainan.

Sesuai dengan kesedaran ini, saya berfikir sangat sesuai kiranya kita mengamati perbezaan antara seorang gadis dan seorang wanita (gadis yang sudah matang dan dewasa dalam keperibadiannya, tidak semesti lebih tua usia) dalam konteks perhubungan cinta (dating).

Seorang pemuda tertarik kepada seorang gadis. Seorang lelaki (pemuda yang sudah matang dan dewasa dalam keperibadiannya, tidak semesti lebih tua usia) tertarik kepada seorang wanita.

Mahu saya tekankan sekali lagi bahawa frasa lelaki atau wanita yang saya gunakan dalam artikel ini langsung tidak bersangkut-paut dengan faktor umur tetapi merujuk kepada kematangan, visi hidup serta tingkat gaya hidup.

Secara faktanya, sesetengah orang tanpa mengira umur mereka, tidak matang dan memiliki sikap keanak-anakan.

Artikel ini bersangkut-paut dengan kematangan seseorang dan kebanyakan perkara yang dikongsi di sini boleh diaplikasikan kepada kaum Adam juga.

Sekiranya anda adalah seorang pemuda, sudah pasti anda hanya menarik perhatian seorang gadis. 

Namun, sekiranya anda adalah seorang lelaki dewasa (bebas, mengetahui nilai dan harga diri anda, mempunyai nilai moral yang kuat, bertimbang rasa, berupaya untuk berkomunikasi dan tidak membenarkan ketidakyakinan diri mendominasi diri), anda akan tertarik dan mahu mengadakan temu janji dengan seorang wanita.

Dan jika anda masih belum lagi dapat membezakan antara seorang gadis dan seorang wanita, berikut adalah beberapa petunjuk yang dapat membantu anda:

1. Seorang gadis sering buat perangai

Bila keadaan tidak menyenangkan, susah hati atau marah, dia akan bertindak balas seperti mana dia lakukan sewaktu dia masih seorang anak-anak apabila dia tidak dapat apa yang dia mahukan daripada ibu bapanya. 

Hal ini sering berlaku dengan jeritan, memuncungkan mulut, berterusan mendiamkan diri, menjadi pasif secara agresif dan bertindak menghukum pasangan.

Seorang wanita pula tetap berasa susah hati atau tidak senang tetapi dia sudah memupuk kemahiran untuk respons dan bukan bereaksi.

Dia dapat menyatakan diri sebagai seorang yang dewasa atau matang dan berkomunikasi secara jelas tentang apa yang dia tidak suka.

2. Seorang gadis anggap dirinya seorang puteri

Seorang gadis percaya bahawa setiap orang yang berada di sekelilingnya akan melayani dia seperti seorang puteri.

Dia berasa berhak untuk mendapatkan layanan seperti itu dan menjangkakan lebih daripada apa yang sepatutnya.

Sebaliknya, wanita mempunyai standard (apa yang dia sendiri tahu) dan bukan jangkaan (apa yang dia gambarkan orang lain akan tahu dan lakukan).

3. Seorang gadis gunakan kecantikannya sebagai daya penarik dan asas nilai diri

Seorang gadis mungkin sudah terbiasa mempunyai perasaan diterima kerana rupa dan seksualitinya, malah dia mempergunakan perkara tersebut sebagai alat untuk mendapatkan apa yang dia mahukan dalam hidup.

Seorang wanita pula, sentiasa tahu bahawa nilai dirinya jauh melangkaui nilai fizikal dirinya sendiri. 

Wanita meletakkan nilai diri pada dasar lain, seperti kebijakannya, kekuatannya, integritinya, nilai dirinya, sumbangannya serta nilai kemanusiaannya.

4. Seorang gadis menjadikan seorang pemuda sebagai strategi sumber kewangannya

Seorang wanita pula merencanakan untuk berdikari dan menjadi bebas dari segi kewangan – dia menjadikan dirinya sebagai bank dan bukan orang lain.

Walaupun dia akan memasuki fasa perhubungan yang dinamik yang mana pasangannya selayaknya menjadi tulang belakang kepada sumber kewangan utama, dia tetap menganggap usahanya sebagai bonus dan bukan sebagai penyambung kepada jangka hayat saat diperlukan.

5. Seorang gadis melihat dunia penuh dengan kekurangan

Malah dia sanggup bertarung dan membenam lawannya demi untuk memastikan keselesaan diri serta mendapatkan pasangan yang diinginkannya.

Sebaliknya seorang wanita akan membantu wanita lain. Dia menyedari bahawa semuanya sudah mencukupi untuk dikongsi dan tidak menggunakan jalan mudah untuk mendapatkan apa yang dia mahukan di dalam hidup.

6. Seorang gadis kurang sikap peduli

Seorang gadis tidak mempedulikan sedikit pun tentang hal rumah tangga serta bangga dengan kenyataan yang dirinya tidak tahu memasak dan mengemas rumah.

Seorang wanita memahami hal rumah tangga bukanlah suatu tugasan, tetapi sebagai salah satu cara untuk menjaga diri dan orang lain.

Dia juga menyedari bahawa untuk memiliki sebuah keluarga, sangatlah penting untuk memiliki seorang individu yang mampu menyumbang kepada isi rumah.

7. Seorang gadis dambakan perhatian

“Seorang gadis mahukan perhatian, seorang wanita pula mahu dia dihormati. Seorang gadis mahu disayangi oleh semua orang. Manakala, seorang wanita pula hanya mahu disayangi oleh seorang sahaja.”

8. Seorang gadis tidak menghormati tubuhnya sendiri

Dia belum lagi memahami bahawa tubuh dan hatinya adalah suci, dan bagaimana pentingnya untuk mengambil berat akan hal itu serta menentukan siapa yang memperhatikan tubuhnya.

“Seorang gadis menjaga dengan baik beg tangannya, permatanya dan koleksi kasutnya yang dia anggap sebagai hartanya.

Seorang wanita pula menjaga dengan baik kesihatannya, keyakinan akan dirinya, dan bakatnya yang dianggap sebagai aset terbaik bagi dirinya.”

9. Seorang gadis tidak menguji nilai moralnya

Seorang gadis tidak menguji nilai moralnya atau nilai dirinya atau akibat dari tindakannya, dan sering kali tidak konsisten.

“Selepas meluangkan masa bersama dengan seorang gadis, anda akan berasa penat kerana dia mengambil lebih dari sepatutnya daripada anda.

Seorang wanita mengambil masa untuk menilai kembali apakah jenis manusia yang dia mahu jadi, teladan yang dia mahu tinggalkan serta visi hidupnya. Dia sudah pun menilai kembali nilai dirinya dan pendiriannya. 

Setelah meluangkan masa bersama dengan seorang wanita, anda akan berasa lebih cergas, kerana dia ‘menyalurkan’ kuasanya yang dapat membantu anda menghadapi pelbagai kemungkinan dan keghairahan untuk meneruskan hidup.”

10. Seorang gadis miliki senarai keutamaan yang dangkal melebihi perkara lain

Antara contoh senarai perkara tersebut adalah: Hebat, popular, memakai jeans ketat, ketinggian melebihi 6 kaki, kaya...

Bagi seorang wanita pula, ini adalah perkara yang terdapat di dalam senarai perkaranya: integriti yang tinggi, pintar, baik hati, baik dalam komunikasi, terbuka dengan emosi...

Nah! itu dia 10 perbezaan antara gadis dengan wanita. Anda berada dalam kategori mana?

Banyak daripada perbezaan yang ketara ini memerlukan masa untuk dibentuk dan dikenali – adalah penting anda menentukan sama ada kekasih anda adalah matang atau seseorang yang memiliki pemikiran yang tidak matang.

Jika anda seorang perempuan, tentukan secepat mungkin sama ada anda seorang gadis atau wanita – perbezaan dalam kualiti hidup serta perhubungan cinta sangat luas perbezaannya antara dua jenis perempuan ini.

Jika menarik, sila share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

(Artikel ini diolah semula daripada Cinta Bijak 101: Anda seorang gadis atau wanita?)

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon