Friday, September 21, 2018

170 perkampungan atas air termasuk setinggan di Sabah berisiko tinggi terbakar

Tags

KOTA KINABALU: Sebanyak 170 perkampungan atas air termasuk setinggan di negeri ini berisiko tinggi berlaku kebakaran berdasarkan bancian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Kg. Cenderamata Dua, Likas

Bekas Pengarah JBPM Sabah, Nordin Pauzi, berkata daerah paling banyak adalah Semporna, diikuti Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan serta beberapa daerah lagi.

Kg. Lupak, Sandakan
Kg. Delima, Sepanggar

“Kita melakukan bancian berdasarkan kepada risiko kebakaran dan ada bancian dibuat jabatan lain berdasarkan ciri-ciri seperti penempatan haram dan pihak bomba melihat kepada konteks risiko kawasan berkenaan.

“Kita mengenal pasti 170 kawasan mengikut risiko. Kita perlu imbangi dengan kehadiran pasukan bomba sama ada perlunya pembinaan balai bomba atau pasukan bomba sukarela dan pasukan bomba bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan tongkat kuasa jawatan Pengarah JBPM Sabah kepada pengarah baharu, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Kamarulzaman Malik Abdullah.

Nordin (kiri) & Kamaulzaman (kanan)

Kamarulzaman anak jati Keningau, mengambil tugas daripada Nordin yang dilantik Pengarah JBPM Kuala Lumpur pada 18 September lalu, selepas lebih tujuh tahun mengetuai JBPM Sabah. Yang turut hadir, Timbalan Pengarah JBPM Sabah, Zuraidah Latip.

Mengulas lanjut, Nordin berkata, hasil siasatan didapati ada beberapa faktor kawasan itu berisiko berlaku kebakaran, antaranya kecuaian dari segi pemasangan peralatan pendawaian dan aktiviti memasak di bahagian dapur.


“Pendawaian elektrik secara haram dan masalah lain yang boleh menyumbang kebakaran. Kita tidak menunggu kebakaran, tetapi mencegah sebelum berlaku.

Setinggan atas air

“Pencegahan ini membabitkan pelbagai agensi kerana banyak perkara perlu diselaraskan di kawasan kampung air ini termasuk laluan masuk, begitu juga pendawaian elektrik,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya giat melakukan kempen di kawasan perkampungan air di Sabah antaranya 1 Rumah 1 Alat Pemadam Api (1 RAPI).

“Kempen ini menunjukkan kejayaan di beberapa kawasan khususnya di Tawau dan Semporna. Setiap rumah kita beri penerangan kepada penghuni supaya memiliki alat ini dan memberi tunjuk ajar bagaimana cara menggunakannya.

“Kempen ini akan diperluaskan dan saya percaya ia tidak membebankan penduduk,” katanya.

Sumber artikel: BH Online

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon